About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, March 7, 2013

#OpsDaulat #LahadDatu. Blogger Pembangkang U-Turn 360 Darjah.


Sekali fikir, kita pun pening dengan macai PR ni kan? Tiba-tiba bila berlaku insiden pencerobohan di Lahad Datu, blogger pembangkang tiba-tiba boleh keluar ayat "Pakatan Rakyat Sentiasa Dibelakang Para Anggota Keselamatan Kita Dalam Mempertahankan Kedaulatan Dan Keselamatan Negara".

Kenapa boleh berlaku demikian rupa? Bukankah ini seolah mereka menjilat ludah sendiri? Lupakah kita, macai PR selama ini mencanang kononya anggota keselamatan negara adalah anjing kerajaan? Tetapi kenapa sekarang macai PR tiba-tiba sokong anjing kerajaan ini dalam isu Lahad Datu? 

Aku tidak mahu pertikai hasrat murni macai PR untuk memberi sokongan kepada anggota keselamatan negara di sana, tetapi sejauh mana mereka ikhlas dalam memberi sokongan itu? Mungkinkah sokongan itu hanya kerana ingin mencari laba politik kepada pembangkang?


Kereta PDRM di hancurkan waktu BERSIH

Macai PR kata, mereka akan menyokong anggota keselamatan negara dalam mempertahankan keselamatan bumi Malaysia. Sekali lagi aku terharu dengan sokongan yang diberikan oleh macai PR tersebut. 

Apa yang aku pelik, ketika pasukan keselamatan kita bertugas sewaktu rusuhan BERSIH anjuran pembangkang, penyokong mereka cukup ganas menyerang anggota keselamatan negara. Ketika ini kita boleh dengar dari mulut penyokong pembangkang ayat-ayat seperti "polis anjing kerajaan", "polis zalim", "polis bodoh" dan lain-lain.




Sikap penyokong pembangkang ini tidak ubah seperti cicak mengkarung. Mereka ini akan berubah mengikut situasi yang akan memberi untung kepada mereka. Ketika rusuhan BERSIH, mereka bukan sahaja menjahanamkan kereta polis, bahkan ada dikalangan anggota PDRM diterajang oleh macai PR.

Tetapi...tiba-tiba, bila berlaku isu pencerobohan di Lahad Datu yang disyaki didalangi oleh Anwar Ibrahim, macai PR terus U-Turn 360 darjah dan menyokong serta berada di belakang pihak keselamatan negara. Apa semua ini? Semua ini poyo jer...


1 comment:

Anonymous said...

hahahaha.. macai PR dah cuak derrr..