About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, March 14, 2013

Nik Aziz Jangan Berlagak Dengan Manifesto PRU 13. Selesaikan Senarai Janji PRU12 Dahulu!! #OpsDaulat #Tukar


PAS Kelantan ni berlagak macam dialah tuhan. Kononya merekalah kerajaan yang maha hebat tiada tandingan di muka bumi ini.

PAS satu-satunya kerajaan yang tidak pernah mengaku khilaf mereka. Bagi PAS, semua yang mereka buat betul dan apa yang orang lain buat terutama BN salah.


Hari ini PAS cuba bangga dengan Manifesto yang mereka lancarkan di Selangor baru-baru ini. Kononya manifesto tersebut bakal membela rakyat Malaysia walaupun Nik Aziz terpaksa akur yang HUDUD tidak disenaraikan dalam manifesto tersebut.

Tetapi Nik Aziz jangan lupa, selama 22 tahun beliau dan kroni memerintah Kelantan, masih ramai rakyat Kelantan yang tidak dibela nasib mereka.

500,000 ribu anak Kelantan terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan setakat ini. Kelantan yang ditadbir oleh PAS totaly gagal menyediakan peluang kerja kepada rakyat mereka.

Hari ini kononya dalam manifesto PR terbaru, mereka akan pastikan peluang kerja untuk rakyat Malaysia dapat disediakan dan pengangguran dikurangkan. Tapi yang jelas Kelantan gagal selama 22 tahun jadi pemerintah dalam kes tersebut.

Nik Aziz jangan nak tipu rakyat. 22 tahun PAS tadbir Kelantan, masalah air bersih pun PAS gagal selesaikan. Mana mungkin PAS boleh penuhi janji yang baru ditabur kepada rakyat. Janji lama PAS belum tepati derrr...

Aku tidak bermaksud untuk kata BN sempurna. BN juga bukan Allah. Tapi paling tidak mereka tidaklah hipokrit bagaimana PAS yang berselindung sebalik sarban dan jubah.

Setiap kali aku dengar ucapan Najib Razak, pasti dia akan mengaku khilaf BN dan mohon maaf dari rakyat. Namun PAS bila bercakap dan berceramah, hina orang lain, kutuk orang lain, maki orang lain.. padahal dekat bontot mereka penuh dengan tahi.






No comments: