About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, January 3, 2013

Ustaz Nasha Bagi Soalan Maut Pada Lim Guan Eng. Sila Jawab!


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan sama ada beliau akan turut menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Tamil dan Mandarin seperti tuntutannya terhadap Bible versi bahasa Melayu.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, penjelasan tersebut perlu untuk mengetahui niat sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung tuntutan yang dilakukan.

"Saya mahu tanya Guan Eng mengenai penggunaan kalimah Allah ini, adakah beliau akan tuntut digunakan juga dalam Bible versi bahasa Tamil dan Cina (Mandarin)?

"Kerana kalau tidak guna kepada kedua-dua Bible versi itu, mengapa beliau sibuk sangat nak gunakannya dalam Bible versi bahasa Melayu? Adakah beliau ada agenda tertentu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas isu kalimah Allah, kata nama khas bagi Tuhan orang Islam yang dicetuskan semula oleh Guan Eng dalam perutusan sambutan Hari Krismas baru-baru ini apabila menggesa kerajaan membenarkan penggunaan kalimah itu dalam Bible versi bahasa Melayu.

Tindakan beliau telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak yang marah serta menuntutnya menarik balik kenyataan dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.

Kenyataan Guan Eng itu turut mengundang komen Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

Menurut Harun, agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali untuk menggunakan kalimah suci itu apatah lagi diguna pakai di dalam Bible versi bahasa Melayu.

Sumber: utusan


TG86: Apakah ianya agenda DAP untuk mensasarkan Melayu Islam murtad dari agama Islam. Sasaran mereka untuk mengajak mengikuti ugama Kristian bukanya hindu atau budhha? Ianya hanya untuk menarik muslim supaya murtad?

Licik benar mainan orang kafirkan? Harap ibu bapa dapat mengawal tingkah laku anak-anak kita. Perhatikan tingkah laku mereka. Ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi. Kita bimbang kalau-kalau ada orang cuba hasut anak kita supaya belajar ugama Kristian.

2 comments:

Anonymous said...

Possible!!!

Anonymous said...

Aku heran... Knp PAS gila sangat duk pertahan DAP ni? Buta hati betul mereka.