About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, January 3, 2013

Dijanjikan Syurga Faktor Saya Sokong PAS.

PASIR PUTEH 2 Jan. - Kebanyakan warga tua mudah tertipu dengan Amanat Haji Hadi sehingga ia dijadikan pegangan dalam perjuangan politik yang dianggap mereka sebagai jihad pada jalan Allah.

Bekas ejen meraih undi yang juga penyokong tegar Pas, Tuan Zakaria Tuan Ya, 52, mendakwa, penangan 'jihad' yang dicanang pemimpin Pas menyebabkan sebilangan besar ahli dan penyokong parti berani menegakkan perjuangan mereka walaupun sehingga menumpahkan darah.

Beliau mendakwa, jihad dan mati syahid menjadi impian penyokong tegar Pas, apatah lagi janji balasan syurga kalau mengundi parti itu menjadi bahan kempen pada setiap pilih raya umum.

"Semuanya karut kerana sengketa yang berlaku hanya membabitkan sesama Melayu atau sesama Islam. Masyarakat berpecah belah ekoran kafir mengkafir dan pulau memulau sehingga ada yang sanggup memutuskan tali persaudaraan kerana menganggap orang yang menyokong UMNO kafir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Kampung Tok Der, Selising, dekat sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia


No comments: