Aku malas nak komen tentang hal ini sebab aku tahu memang PAS tidak mampu mentadbir sebuah negeri dengan baik inikan pula nak mentadbir urus negara. PAS hanya tahu berbohong atas pentas ceramah dengan isu hudud sahaja.
Lihat sahaja perbandingan laporan ketua audit negara antara serambi Makkah (Kelantan) dan Negeri Maju (Melaka). Kebergantungan Melaka kepada industri pelancongan tidak sepatutnya lebih baik dari Kelantan yang kaya dengan hasil bumi.
Kelantan yang punya balak, bijih serta sumber tenaga buruh yang ramai sepatutnya lebih maju dan lebih baik pengurusanya berbanding Melaka. Tetapi kenapa sepanjang 2011, laporan sahih menunjukkan PAS terus mundur.
Aku amatlah yakin jika BN diberi mandat untuk memerintah Kelantan, isu migrasi yang melibatkan ratusan ribu rakyat Kelantan ke negeri luar tidak lagi berlaku. Umum kita tahui bahawa begitu ramai anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang lain kerana kerajaan PAS gagal menyediakan peluang kerja kepada mereka.
The Red Warrior Bukti Pemimpin UMNO Bijak Mentadbir.
Berpuluh tahun Kelantan FA gagal dalam bola sepak samada dalam liga super, piala Malaysia atau mana-mana piala sahaja. Pengurusan Kelantan FA dibawah pemimpin PAS selama bertahun-tahun tidak mampu menjadikan Kelantan FA sebuah pasukan yang hebat dan digeruni.
Namun segalanya berubah apabila Kelantan FA ditadbir oleh Tan Sri Annuar Musa (Ketua Bahagian UMNO Ketereh). Jersi The Red Warrior hari ini bukan sahaja dipakai oleh orang Kelantan, bahkan ada orang negeri lain yang memakainya.
Sekarang kita boleh lihat pada badan-badan lori ataupun kereta, mereka tidak lagi malu menampal sticker TRW dan berjalan megah di atas jalan raya. Waktu PAS memegang Kelantan FA, stadium pun kadang-kadang ada 20 hingga 30 orang sahaja menyaksikan perlawanan.
Dulu Kita Segan Nak Cat Muka Lambang Kelantan FA. |
Jika pasukan bola yang dulu menjadi belasahan pasukan lawan pemimpin UMNO berjaya tukarkan mereka kepada gergasi bola Sepak (TRW), aku yakin BN mampu mengubah negeri Kelantan ke arah yang lebih maju.
Anak Kelantan yang bijak pandai begitu ramai, tetapi mereka terpaksa manabur bakti mereka di negeri orang kerana PAS kelantan GAGAL menyediakan peluang untuk mereka. Mereka juga perlukan keperluan asas yang baik untuk menabur bakti di Kelantan, tetapi kalau masalah air bersih pun PAS gagal nak selesaikan, adalah lebih baik anak Kelantan cari makan di negeri luar.
Aku yakin anak Kelantan mahukan perubahan dari segi ekonomi dan pembangunan di Kelantan. Tetapi dek kerana kesedaran agama mereka yang begitu tinggi, mereka terpaksa akur dengan PAS yang menggunakan agama dalam politik.
Anak Kelantan yang tinggi kesedaran agama tetapi cetek ilmunya seolah-olah percaya bahawa PAS adalah parti yang perjuangkan agama Allah, padahal PAS juga gilakan kuasa dunia tetapi berselindung disebalik agama Islam.
Bagi anak Kelantan, mereka seolah-olah rasa berdosa yang amat besar jika tidak diberi undi kepada PAS. Bagi mereka, jika tidak undi PAS, seolah mereka akan menjatuhkan agama Islam di Kelantan. Maka sebab itu PAS mampu bertahan sehingga 22 tahun.
Cerita Berantai Faktor Kekuatan PAS Kelantan.
"Woitt!! Mu tau dop? ado oghe pecoh perut kemaring sebab kencing atas gambar Nik Aziz". Bila ayat ini keluar dari salah seorang penyokong PAS, maka sedikit demi sedikit akan tersebar ke telinga orang lain. Inilah cerita berantai yang pernah dimainkan di Kelantan suatu ketika.
Cerita itu boleh tersebar, dari Kota Bharu hinggalah ke Gua Musang menyebabkan ramai yang takut untuk memaki dan menasihati Nik Aziz. Nik Aziz kononya maksum dan ada mukjizat yang begitu hebat sekali. Padahal cerita itu hanyalah rekaan dari penyokong kuat PAS.
"wesss.. mu tahu dop? 3 ari lepas ado oghe buruk kaki sebab pijok banner Nik Aziz". dan banyak lagi ayat-ayat yang dijadikan cerita berantai untuk memberi gambaran bahawa Nik Aziz sangatlah hebat dan maksum, walhal Nik Aziz hanyalah seorang manusia biasa juga.
Maka... ramailah percaya bahawa Nik Aziz dilindungi oleh Allah tanpa ada sesiapa yang boleh menegur beliau dan sebagainya. Sehingga hari ini, masih lagi ada yang percaya dengan cerita tahyul ciptaan orang PAS itu. Di Kelantan, memang kepercayaan cerita karut marut ini masih berleluasa.
Kenapa Tidak Ada Kes Orang Pecah Perut Dalam FB Dan Blog Sekarang.
Dulu, bila cerita berantai ini dimainkan, amat sukar untuk kita buktikan bahawa ianya adalah cerita rekaan. Dunia hari ini ramai yang aktif dalam FB dan blog. Masih ramai yang aku tengok orang mencerca dan menghina Nik Aziz.
Timbul satu persoalan dalam fikiran aku, kenapa tidak ada laporan dalam blog atau FB tentang orang pecah perut atau mulut kerana menghina Nik Aziz? Apakah Nik Aziz sudah tidak maksum dan punyai mukjizat yang maha hebat seperti dulu lagi? Kalau Nik Aziz dah tidak maksum, sudah sampai masa Nik Aziz perlu berundur.
Yakinlah, bahawa 22 tahun PAS memerintah, pemerintahan mereka penuh dengan kepalsuan. Mereka tidak pernah fikir tentang kemajuan untuk rakyat. Bagi mereka, asalkan rakyat pandai berdikari, pandai-pandailah rakyat itu untuk hidup.
Bagi PAS, perut pemimpin mereka lebih penting daripada perut rakyat. Segala kebajikan untuk rakyat semuanya di hala kepada kerajaan BN. PAS hanya jaga pentas ceramah dan minta derma rakyat.
Maka, layaklah jika kita nak gelarkan PAS adalah Parti Ajaran Sesat.
1 comment:
Rakyat Kelantan ramai yang bijak pandai, tetapi mudah di perbodohkan oleh ahlul politik PASik.
Post a Comment