About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, November 3, 2012

Mungkin Ini Faktor Mengapa #AES Perlu Dikaji.


Bukan mereka menolak AES. Ramai yang yakin AES mampu mengurangkan kadar kemalangan. Sebab dari mata aku sendiri pun, tabiat memandu laju di lebuhraya semakin kurang. Boleh perhatikan sedikit sebanyak pemandu Malaysia mula memandu dengan perlahan di lebuhraya. Semuanya sebab takut dengan AES.

Tapi, apapun AES perlu dikaji dari degi perlaksanaan. Umpanya seperti gambar di atas. Kalau boleh biarlah papan tanda AES dibesarkan sedikit. Ini bertujuan untuk remind kepada pemandu bahawa dihadapan adalah kawasan kemalangan dan kamera akan perhatikan anda.

Aku yakin perlaksanaan AES kalau kena caranya, kesan positif lebih banyak berbanding negatif. Aku hormat kerajaan dah kaji 10 tahun tentang AES, tapi ada juga doktor yang berkhidmat hampir 20 tahun boleh membuat silap sewaktu memberi rawatan kepada pesakit.

Jika boleh, sama AES ini boleh diselaraskan balik. Jangan pula bila kami pemandu pandu melebihi kelajuan, saman Rm300.00 wajib bayar. Harap boleh dipertimbangkan dalam mahkamah. Mungkin ada yang lari laju ada sebab yang munasabah. Bini nak beranak umpanya, mana boleh suami nak pandu 70km sejam dari Gopeng ker Ipoh. Ini soal nyawa dua orang. Mungkin kes ini, saman dikecualikan. 

Sekadar cadangan blogger sengket... Apapun Aku Tetap Bersama UMNO.

2 comments:

Anonymous said...

sokong ...

Anonymous said...

SOKONG JUGA...