About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, November 1, 2012

Masih Ramai Yang Belum Tahu Hal Ini. Terutama Anak Bekas Tentera. Sila Kongsikan.


Mungkin anda pernah alami masalah ini dan mungkin anda tidak pernah. Tapi ini mungkin info berguna kepada anak bekas tentera berpencen atau berkhidmat tempoh 13 tahun ke atas tidak berpencen. 

Penyakit akan datang tiba-tiba tanpa kita duga. Hari ini aku nak berkongsi info dengan anak bekas tentera yang berstatus seperti aku nyatakan di atas iaitu pencen atau berkhidmat 13 tahun ke atas tidak berpencen.

Jika bapa anda seorang bekas tentera status seperti di atas dan mengalami penyakit yang kronik dan memerlukan rawatan yang menelan belanja yang begitu tinggi anda jangan bimbang. Kerajaan Malaysia akan bantu anda melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Malaysia.

Apa jenis penyakit atau rawatan yang JHEV akan bantu? Antaranya ialah rawatan dialisis atau cuci buah pinggang, pembedahan kanta mata, alat pendengaran telinga dan otopedik. JHEV akan menanggung kos rawatan tersebut.

Bagaimana? Apapun pastikan yang bapa anda (bekas tentera) itu berhenti dalam rekod yang bersih sewaktu jadi askar. Bukan berhenti sebab kes dadah atau masalah disiplin. Tempoh khidmat mesti 13 tahun ke atas.

Macamaner nak dapatkan bantuan tersebut? U all pergi ke JHEV setiap negeri dan mohon borang seperti gambar di bawah ini. Pergi jer kaunter, minta borang untuk bantuan rawatan penyakit yang aku senaraikan di atas.

senarai semak yang perlu hantar sekali dengan borang


contoh borang
U all cuba bayangkan untuk pesakit buah pinggang yang kena buat rawatan dialisis 4 kali seminggu. Sekali rawatan kosnya RM200.00 di darab dengan 4 kali seminggu dan darab 4 minggu sebulan jumlahnya RM3200.00 sebulan. RM3200.00 ini di darab pula sepanjang hayat. Mampu nak bayar sendiri?

Melalui JHEV, semuanya akan dibayar semula kos tanggungan tersebut. Cumanya, kita perlu dahulukan duit dan tuntut kemudian. 

Bagaimana nak tuntut? 

1. Isi borang seperti contoh di atas. Bila siap isi sila fotokopi 3 salinan.
2. Simpan resit rawatan untuk dihantar sekali dengan borang. Hospital kerajaan.
3. Tanya bapa (bekas tentera) mana dia simpan Buku Rekod warna merah. Fotostat semua helaian dan   
     hantar sekali.
4. KAD bekas tentera kena fotokopi dan hantar sekali.
5. Fotokopi salinan KAD pengenalan.
6. Surat dari hospital yang menyatakan pesakit mesti mendapat rawatan demikian.
7. Salinan buku akaun bank. (mana-mana bank pun boleh)

Lengkap semua ini, hantar semula ke JHEV negeri masing-masing untuk di proses. Mengikut kata kawan aku, 2 minggu jer JHEV proses dan duit akan masuk terus ke akaun bank pesakit.

Ini beerti, kita hanya perlu dahulukan duit untuk rawatan sebulan yang pertama, seterusnya, duit yang dah masuk dalam akaun pesakit dan boleh cover rawatan seterusnya. (kes pesakit buah pinggang). Pesakit lain u all boleh fikir sendiri. Even kos ubat yang u all ambil bulan-bulan pun boleh tuntut balik dari JHEV.

So.. Kepada anak bekas tentera, anda jangan bimbang jika bapa/ibu anda memerlukan rawatan untuk kos yang begitu tinggi seperti senarai penyakit yang aku nyatakan di atas. JHEV akan bantu kita. Ini bukan sahaja untuk bekas tentera, tetapi untuk pasangan beliau sekali samada isteri/suami.

Inilah komitment kerajaan BN yang sedia ada bagi membalas jasa bekas tentera yang pernah berjuang untuk negara. Kerajaan tidak abaikan mereka, tetapi kita kena tahu banyak info tentang bantuan mereka. Bukankah ini sebagai kebajikan kerajaan yang harus kita berterima kasih? 

Sila kongsikan info ini.

nukilan TOKGURU86

4 comments:

Anonymous said...

Informasi berguna.Terima kasih. Memang ada yang belum tahu info ini. Akan dikongsikan kepada sedara-mara terdekat.

Anonymous said...

Gila... penyakit buah pinggang yang kena buat dialisis kerajaan tanggung sepanjang hayat? Biar betul? Perghh.. Kenapalah bapak aku x jadi askar dulu.. Apapun memang terbaik kerajaan BN. Nice info tokguru86..

TOKGURU86 said...

anon 1247: yer.. ini mmg betul.. sila kongsikan pada orang lain..

Anonymous said...

benda ni dah lama ker? Kenapa aku tatau? Aku anak bekas prajurit juga..