About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, November 19, 2012

Keluhan Anak AJK UMNO. Jom Baca...


Aku yakin, bukan seorang dua yang tidak redha dengan kelakuan adik Nik Aziz iaitu Nik Razi yang mendoakan kehancuran terhadap orang UMNO/BN. Aku juga percaya bukan seorang dua yang tidak redha dengan Nik Aziz yang memurtadkan orang UMNO. Tapi aku yakin, jutaan umat Islam yang juga ahli UMNO terguris hati dengan kelakuan dua beradik tersebut.

Aku bimbang, jika Nik Aziz dan Nik Razi mati tanpa sempat memohon maaf kepada jutaan ahli UMNO ini. Jika Nik Aziz berdosa pada Allah, mudah untuk beliau bertaubat. Tapi jika berdosa dengan jutaan ahli UMNO, apakah sempat bagi Nik Aziz untuk memohon maaf dengan setiap orang yang dimurtadkan beliau?

Kalaulah jutaan ahli UMNO yang dimurtadkan oleh Nik Aziz itu berdoa kepada Allah agar dijatuhkan bala terhadap Nik Aziz, sudah pasti Nik Aziz akan berkokok dengan berkata UMNO dah sesat. Tetapi Nik Aziz buta hati jika beliau sendiri melakukan kesilapan.

Nik Aziz kena ingat, masih ramai ahli UMNO yang menjadi imam solat di masjid atau surau. Nik Aziz kena tahu bahawa masih ramai ahli UMNO yang menjadi guru Quran mendidik anak kecil di kampung-kampung. Mereka ini bukan bertuhankan UMNO tetapi bertuhankan Allah dan hanya menyokong UMNO dalam wadah politik.

Aku juga anak ahli UMNO dan aku sendiri ahli UMNO. Kalaupun aku ahli PAS dan bapak aku ahli UMNO, aku tidak sanggup melihat orang lain memurtadkan bapak aku sesuka hati. Mungkin fahaman parti antara bapak dan anak berbeza kerana dasar parti yang dibawa berlainan. Tetapi jika bapak aku mengimamkan solat aku pasti menjadi makmumnya sebab kami menyembah Allah yang satu. Begitu juga sebaliknya jika aku menjadi imam. Bapak aku pasti tidak akan kekok menjadi makmum kepada imam yang menyokong PAS.

Sangat mudah Nik Aziz memurtadkan orang lain, biarpun orang itu masih berpegang pada kalimah syahadah, percaya Allah itu tuhan mereka, Quran itu panduan hidup, kiblat arah sujud mereka. Apa hak Nik Aziz yang juga manusia biasa, ada hawa nafsu untuk menghukum orang lain? Nik Aziz bukanya malaikat.

Apapun terima kasih Nik Aziz dan Nik Razi kerana sudi mendoakan kehancuran terhadap aku dan bapak aku. Terima kasih kerana menggelarkan kami berdua murtad. Aku doakan agar Nik Aziz dan Nik Razi sentiasa sihat dan dikuatkan iman. 


2 comments:

Anonymous said...

Saya sangat sedih dengan kelakuan org Islam di Malaysia ini. Hancur lebur perpaduan hanya kerna nak rampas putrajaya. Jikapun betul perjuangan PAS itu diredhai Allah, jangan lah sampai mendoakan kehancuran sesama muslim. Mereka patut yakin dengan kehendak Allah. Cukuplah dengan doa supaya Allah permudahkan urusan mereka untuk menang PRU13. Tidak perlu doa hancurkan org lain yang juga agama Islam. Jika Allah berkehendakkan PAS menjadi kerajaan selepas PRU13, Allah akan jadikanya. Apakah orang PAS tidak yakin dengan kuasa Allah?

TvPRU said...

Depe ingat depe jer yang layak masuk syurga. Depe ingat bila jadi ahli PAS semuanya dijamin ke syurga. Rakyat Palestin tidak pernah kenal siapa PAS, rakyat Palestin tidak pernah berdaftar menjadi ahli PAS. Adakah mati mereka menentang zionis tidak dikira syahid? PAS memang bodoh.