About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, November 10, 2012

Aku Cuma Ada 3 Resolusi Untuk PAS!

MeLihat kepada kepincangan PAS satu demi satu, banyak ahli PAS mula timbul rasa ragu dengan perjuangan PAS. Terkini mereka telah menuntut agar PAS kembali kepada perjuangan asal kerana melihat perjuangan PAS sekarang lari dari landasan Islam.

PAS suatu ketika dahulu dilihat parti yang bakal menyelamatkan Islam di Malaysia oleh segelintir rakyat. Namun kini segalanya berubah, dan PAS lebih dilihat sebuah parti yang perjuangkan kedudukan individu dalam parti menjelang PRU13.

Oleh yang demikian, ahli PAS telah membuat 10 Resolusi untuk dihantar kepada pemimpin PAS yang mana antara kandungan dalam Resolusi itu PAS didesak supaya keluar dari pakatan bersama DAP dan PKR. 

Aku malas nak senaraikan semua Resolusi yang ahli PAS buat sebab aku yakin yang Haji Hadi dan Nik Aziz akan campak resolusi itu ke dalam tong sampah. Kalau benar Haji Hadi dan Nik Aziz nak keluar dari pakatan iaitu berhenti bekerjasama dengan DAP dan PKR, dah lama PAS keluar.

Ahli PAS dah lupa apa yang Nik Aziz pernah cakap? Dia sanggup beKerjasama dengan syaitan. Inikan pula hanya DAP. 

Atas faktor apa pula PAS nak lari dari terus bergabung dengan PKR? Bukankah PAS antara parti yang paling Hebat pertahankan pemimpin PKr Selangor berhubung isu murtad hingga sanggup memecat Hassan Ali. 

Sebab itu aku yakin, Resolusi yang ahli PAS buat ini akhirnya akan masuk ke dalam tong sampah. Apapun, tahniah buat ahli PAS yang mula sedar dengan salahlaku parti mereka. Aku juga ada 10 Resolusi untuk parti PAS.

1. Buang Mat Sabu dari PAS sebab dialah penghubung utama PAS dengan DAP dan berbayar RM15k dari DAP setiap bulan.

2. Husam Musa adalah Erdogan PAS yang menghasut Nik Aziz supaya menerima Anwar Ibrahim dalam perjuangan PAS.

3. Nik Aziz dah nyanyuk dan patut tukar orang lain sebagai mursyidul Am.

Bagi aku, 3 di atas punca utama kenapa perjuangan PAS semakin lari dari landasan sebenar. Kenyanyukkan Nik Aziz menyebabkan Husam dan Mat Sabu mengambil peluang untuk mengawal PAS walaupun Haji Hadi adalah Presiden. Haji Hadi hanyalah presiden boneka yang akur pada Nik Aziz dan pada masa yang sama, Husam dan Mat Sabu yang mengawal Nik Aziz.

Tapi bagi aku, resolusi tidak cukup untuk PAS berubah melainkan semua ahli PAS yang mula sedar keluar secara beramai-ramai dari PAS dan jadi puak berkecuali.

No comments: