About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, October 11, 2012

Selepas Ustaz Haron Din, Ketua Pemuda PAS Pusat Pula Menentang Anwar Ibrahim.


Islam liberal yang dibawa oleh Anwar Ibrahim mula ditentang oleh rakan Pakatan itu sendiri. Beberapa pemimpin PAS seperti Ustaz Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) dan Ketua Pemuda PAS mula melihat perjuangan Anwar semakin menular ke arah yang membahayakan Islam itu sendiri.

Namun begitu, dalam keadaan mereka menentang tetapi masih lagi bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dalam urusan pilihanraya. Sepatutnya, bila Anwar Ibrahim ada hala tuju yang salah PAS sepatutnya menentang kerana ini melibatkan urusan Agama Allah. Nampaknya PAS hanyalah bersandiwara dalam kes ini.

Mungkin kerana bimbang orang Islam lari dari parti PAS kerana bencikan Anwar Ibrahim, PAS mula bersandiwara kononya menentang segala salahlaku Anwar Ibrahim. PAS ingin tunjuk pada pengundi bahawa mereka tidak sehaluan dengan Anwar. Padahal pada masa yang sama, PAS tetap akur dengan keputusan Ketua Pembangkang iaitu Anwar Ibrahim.


No comments: