About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, October 9, 2012

Gua Dah Hulurkan Bantuan Pada Kamal Affandi. Anda Bila Lagi? Bantulah Beliau Walaupun Melalui Doa!!

 

Mengenali Kamal buat sekian lama, saya yakin beliau amat tidak sihat tetapi sedaya upaya cuba menampilkan keceriaan di sepanjang sesi berlangsung.
Seperti diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap penyakit AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap kritikal.
Beliau sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalah congenital.
Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.

Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430. Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.

"Esok saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka memerlukan," pesannya. 
"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.
Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.
" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya.
Sahabat saya Razali Harun kemudian berkongsi antara kisah berlaku semalam.
"Selepas tamat sesi CakapDotCom, dia (Kamal) meminta peserta, Amelia Shafer merekodkan lagu dinyanyikannya secara langsung menggunakan kamera telefon bimbit. Kalau Allah menjemput ku, nanti mainkan lagu ini. Dia menyanyi bersungguh-sungguh, lengkap dengan gaya sekali," kongsi Razali.
Mengenali sifat gemar berjenaka Kamal, saya tidak berasa hairan dengan tindakannya itu. Namun saya terpaksa menerima hakikat akan derita ditanggungnya.
petikan dari blog Mazidul

Sedikit sumbangan dari tokguru86

Sejak dari usia persekolahan gua telah banyak mendengar ceramah keselamatan oleh Kamal. Memang setiap kali ceramah beliau banyak perkara manafaat yang boleh diamalkan. Hari ini saya sumbangkan sejumlah RM50.00 untuk saudara Kamal. Mungkin nilainya tidaklah begitu besar, tetapi harap sedikit sebanyak dapat membantu.

Selain wang yang kecil itu, gua juga akan berdoa kepada Allah semoga saudara Kamal selamat dalam pembedahan nanti. Ayuh kawan-kawan diluar sana. Bantulah Kamal walau dengan hanya seringgit. Jasa Kamal begitu banyak kepada kita semua dalam menangani jenayah.

Kepada yang ingin sumbangkan bantuan kepada beliau boleh masukkan ke akaun milik Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927. Mudah-mudahan dengan bantuan anda kita dapat menyelamatkan beliau.


2 comments:

Anonymous said...

Ada juga blogger prihatin mcm tokguru yer. Alhamdulillah.. Nanti aku sebarkan berita ini. Mudahan kamal akan selamat nanti.

Anonymous said...

terbaik la tokguru. Menulis sambil beramal. Ini yang kita mahu.