About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, October 17, 2012

Bekas Orang Kuat Anwar Dedahkan Kelemahan Anwar Ibrahim. BN Harus Manafaatkanya Menjelang PRU13.


Antarapos – Parti-parti dalam Pakatan Rakyat saling memperkudakan satu sama lain, kata bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Dr Chandra Muzaffar.

Malah, matlmat parti-parti berkenaan hanya untuk berkuasa dan menuju ke Putrajaya, justeru untuk mencapainya, PAS, PKR dan DAP sanggup menghalalkan segala-galanya, menurut Dr Chandra.
“Mereka (PAS dan DAP) memperkudakan beliau (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim).
“Anwar pula, bagi beliau, beliau memperkudakan dua-dua parti (itu). Memang ini permainan kudalah, dia kudakan pihak ini, pihak lain pula kudakan dia. Inilah mereka punya hubungan,” katanya ketika diwawancara secara eksklusif oleh Antarapos di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Menurut Dr Chandra yang juga Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), pemimpin-pemimpin Pakatan tidak mempedulikan kelemahan peribadi Anwar demi cita-cita menawan Putrajaya.
“PAS, DAP tidak ada matlamat lain bagi mereka, mereka nak berkuasa. Dan mereka dah tahu selepas pilhan raya (umum) 2008, Anwar adalah pemimpin yang boleh membantu mereka dalam proses ini,” kata beliau lagi.
Bagi Dr Chandra yang berjuang bersama-sama Anwar, khususnya dalam isu-isu hak manusia ketika beliau menerajui ALIRAN, manakala Anwar pula mengetuai ABIM berkata, kelemahan utama Ketua Umum PKR itu adalah nafsu kuasanya.
“Anwar merupakan manusia yang banyak kelemahan. Bagi saya kelemahan Anwar… saya menganggap sebagai kelemahan utama yang meruntuhkan beliau adalah nafsu kuasa.
“Memang ini kelemahan utama beliau, beliau mahu mencapai kuasa ini. Itu impian beliau untuk menjadi perdana menteri,” katanya.
Kerjasama Pakatan setakat ke Putrajaya
Mengulas lanjut dakwaan itu, Dr Chandra berkata demi mengejar cita-cita peribadi, Anwar sanggup berkerjasama dengan pihak-pihak tertentu dan memutarbelitkan isu-isu, termasuk berbohong.
Ini, katanya, dapat dilihat melalui bekerjasama Anwar dengan pihak-pihak tertentu di luar negara seperti Amerika dan Israel untuk mencapai kuasa itu.
Namun, kata bekas orang kanan Anwar ini, kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu tidak akan bertahan lama sebaik sahaja mereka mendapat kuasa.
“Kalau kita tengok kepada tiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini, PAS tetap dengan pendekatan tertentu kepada Islam kita tahu di tempat-tempat lain di mana pendekatan ini gagal.
“Negara-negara yang kononnya memperjuangkan negara Islam, apa rekod mereka?
“Dari segi kesejahteraan rakyat, mereka gagal dan kita tidak boleh mengenepikan kenyataan ini, kita harus memahami kenyataan ini di beberapa negara, gagal sama sekali,” katanya.
Dr Chandra juga menyelar PAS dan mempersoalkan sama ada parti itu akan memberi keutamaan kepada pembangunan luar bandar, pendidikan, kesihatan, pembangunan prasarana dan sebagainya.
“Saya kata tidak. Apa sebabnya kerana itu bukan orientasi mereka, bukan orientasi kumpulan yang kononya memperjuangkan Islam, dan apa buktinya, tengok Kelantan.
“Dan soal pembangunan masyarakat ini penting dari segi maruah dan martabat bangsa. Kalau bangsa itu dengan cogan kata agama dan sebagainya, tetapi miskin, menderita, bangsa yang sengsara, apa maknanya?
“Apakah ini dimaksudkan dengan kemuliaan, apakah ini dimaksudkan dengan kedaulatan bangsa?” soalnya.
DAP gagal beri perhatian kepada Melayu
Mengenai DAP pula, Dr Chandra berkata, parti yang mendakwa dirinya berbilang kaum sehingga hari ini gagal menarik minat masyarakat Melayu.
“Faktor utama kerana dasar-dasar DAP, kerana orientasi DAP. DAP tidak boleh menarik perhatian masyarakat Melayu apa sebabnya? Kita tahu DAP ini lahir daripada rahim PAP (Parti Tindakan Rakyat) dan kita tahu dasar-dasar PAP,” katanya.
Dr Chandra kemudian membidas DAP yang terus melaungkan slogan “Malaysian Malaysia” yang menurutnya “sedap dari segi cogan kata” tetapi akan menafikan sejarah negara.
“Malaysian Malaysia menafikan sejarah, Bahasa Melayu ataupun Bahasa Malaysia yang saya selalu gunakan istilah ini, tidak boleh disamakan dengan bahasa-bahasa lain, kerana hubungan bahasa Melayu, Bahasa Malaysia ini dengan rantau ini berbeza.
“Ini adalah bahasa perantara yang digunakan selama 700 hingga 800 tahun. Takkan kita menafikannya ini, hubungan Islam dengan kawasan ini, berbeza. Kerana Islam adalah asas kepada pentadbiran sistem perundangan di kawasan ini sebelum zaman penjajahan. Itu fakta-fakta sejarah yang dinafikan oleh parti ini.

“Itulah sebabnya dia tidak boleh menarik perhatian masyarakat Melayu,” katanya.
Pengalaman saya, PKR bukan parti tulen
Mengenai PKR pula, Dr Chandra menyifatkan ia sebagai bukan sebuah parti tulen tetapi berkisar terhadap seorang individu sahaja.
“Masalah PKR pula, yang parti Anwar Ibrahim sepertimana pengalaman saya masa saya dalam parti itu, parti itu bukan parti tulen, ia hanya parti yang memperjuangkan kepentingan seorang indidvidu, segala-galanya berkisar pada individu itu.
“Mula-mula masa dia dipenjarakan, untuk bebaskan beliau dari penjara. Selepas beliau keluar dari penjara untuk menobatkan beliau sebagai perdana menteri, itu matlamatnya, itu perjuangannya. Bukan perjuangan tulen,” katanya.
Selain itu, kata beliau, ideologi PKR adalah kabur.
“Parti Keadilan Rakyat ini, parti ini adalah parti individu. Itu yang menjadi masalahnya, bukan parti tulen, dan apa dia punya perjuangan?
“Dia punya ideologi pun kabur, tidak begitu jelas ye, dari segi idoelogi.”

5 comments:

Anonymous said...

Biar jer Anwar mimpi di siang dan malam hari.. Anwar akan terjun dengan anu nyer nanti.. Kakaka

Anonymous said...

Even CIA, risik singapore, Austra, DAP dah tau pasal kelemahan Anwar pada nafsu. Sbb tu DAP nak sangat Anwar jadi PM. Bila Anwar jd PM, kelemahan nafsu Anwar akan dijadikan alat untuk DAP jatuhkan Anwar dan masa tu DAP akan jadi PM Malaysia.

Anonymous said...

Setuju sgt Anwar akan dijatuhkan oleh DAP kerana segala rahsianya di tangan Karpal dan konco2nya.

Anonymous said...

Karpal sendiri akui yg berlaku kejadian liwat antara saiful dan Anwar, tapi suka sama suka..

anwar said...

Hanc0r kau DAP!!