About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, October 25, 2012

4 Jam Sangkut Jammed Bukit 7. Bila Highway Husam Nak Siap?


Setiap kali balik cuti pasti rakyat Kelantan bimbang dengan kesesakan lalu lintas. Paling takut bila masuk sahaja sempadan negeri Kelantan. Kami rakyat Kelantan terpaksa melalui satu jalan sahaja untuk balik ke Kelantan dari KL.

Kami boleh nak balik ikut gerik, tapi kenapa nak pusing jauh kalau kita ada jalan yang lebih dekat. Tapi kalau jalan dekat macam sial baik kami cari jalan lain. Busuk-busuk guna sahaja lebuhraya hala ke Terengganu baru balik Kelantan.

Hari ni kami sekali lagi merempuh kesesakan lalulintas di Bukit 7 untuk balik beraya. Perjalanan yang hanya 7 jam sepatutnya, boleh menjadi 14 jam. Ini semua atas keselesaan lebuhraya Husam Musa. 

Kami yakin, pengguna jalanraya KL ke Kelantan sangat ramai terutama musim perayaan. Sepatutnya Kerajaan negeri Kelantan perlu fikir macamaner nak selesaikan masalah ini. Tapi mustahil untuk mereka selesaikan sebab masalah air pun bengap nak mampos pemimpin PAS Kelantan nak fikir.



Husam Musa apa sudah jadi dengan lebuhraya rakyat? Masih tidak cukup ke derma yang PAS kumpul untuk bina lebuhraya? Hermmm.. Projek kambing Jamnapari pun Husam Musa gagal, inikan pula projek lebuhraya. Orang Kelantan mimpi jer la nak rasa lebuhraya Husam.

Esok kami akan sambut aidiladha di Kampung halaman tercinta iaitu Kelantan Darul Naim. Harap perjalanan hari ini selamat. Kami takut insiden raya puasa berulang. Dek kerana sebuah lori terbalik di Bukit 7, kami terpaksa solat sunat raya di Gua Musang. Kampung kami di Kota Bharu. Ini semua sebab Highway Husam yang lebar dan mempunyai 10 lorong.


Kami menyambut baik usaha kerajaan negeri nak bina lebuhraya. Cuma kami tetap ragui kebolehan EXCO negeri Kelantan. Terbukti banyak projek di Kelantan hanyalah omong kosong. Majlis pecah tanah meriah mengalahkan majlis keraian raja Melayu, tetapi hasilnya ziro atau kosong.

Mungkin sudah sampai masa untuk rakyat Kelantan fikir yang terbaik demi masa depan. Bukan kita mahu menolak perjuangan Islam dalam PAS, tetapi Islam juga mementingkan kemajuan. Kalau masalah air dan jalan PAS payah nak satle, adakah itu kerajaan yang baik?

55 tahun BN perintah Malaysia. Kini siapa yang tidak kenal Malaysia. Jika dulu nenek moyang kita bertarung nyawa atas kapal layar untuk tunaikan haji, hari ini kapal terbang memudahkan kita. Adakah KLIA itu hasil usaha Nik Aziz? Jawapanya Mahathir yang dulu PAS cop beliau mahafiraun.

Nukilan (tokguru86) oghe KB.


3 comments:

Anonymous said...

Huse muso gong!

Anonymous said...

Balik naik keto api la..

Anonymous said...

Acu mu derma banyak sikit cepat la siap lebuhraya tu.. nak harap bn bgi royalti ntah bila la bhai.. BN perintah 55 thn mmg suma kenal malaysia... 'terkenal dengan corruptionnye'...kehkehkeh...