About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, July 20, 2012

Berita Terkini!! Lagi Himpunan Secara Aman Oleh NGO Di Kuala Kangsar Perak.

NGO Cintakan Keamanan Negara


Kuala Kangsar Perak, 12/07/2012 pada jam 11.00 pagi. Sekumpulan Badan Bukan Kerajaan sekitar Kuala Kangsar telah berhimpun secara aman untuk menyatakan kesanggupan mereka untuk terus menyokong pemerintahan Barisan Nasional ketika ini. Tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk memberi penjelasan kepada umum hakikatnya barisan NGO ini menolak sepenuhnya himpunan jalanan seperti BERSIH 3.0, OREN yang jelas memberi kesan yang tidak baik kepada negara Malaysia.
Pada himpunan tersebut, kira-kira 60 orang yang turun untuk mewakili NGO masing-masing seperti Gagasan Melayu Perak, PERKASA, Majlis Belia dan juga Parti Progresif Penduduk Kuala Kangsar. Mereka ini telah memegang sepanduk dan kain rentang yang tertera “Kami Cintakan Keamanan” dan “Kami Tolak Demonstrasi Jalanan” serta “Kami Menyokong Barisan Nasional.

No comments: