About Me
Sunday, July 8, 2012
Artis Malaysia Peminta Sedekah.
Apakah ini jalan terakhir seorang artis yang gagal menemui jalan untuk membina kerjaya yang baik. Masuk dalam arena politik kemudian bertugas sebagai peminta derma. Artis tempatan mula meraih simpati peminat menggunakan pentas politik.
Di Malaysia, ramai artis yang berjaya. Mereka yang berjaya ini selalu berfikir bahawa bakat tidak akan sampai ke mana kecuali kita mempunyai pemikiran yang bijak untuk mengatur hidup yang lebih sempurna. Ramailah dikalangan artis berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, memiliki produkai sendiri dan bermacam gaya lagi.
Namun, ada juga artis yang pemalas mula mengintai peluang untuk cari makan dengan cara yang mudah. Sekali tampil atas pentas ceramah berfungsi sebagai "crowd puller", mereka dibayar dengan sejumlah wang ringgit. Apa yang bertambah menarik, diminta untuk menghafal sepotong dia ayat Quran, maka mereka mula digelar sebagai Ustaz.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment