Setiap undi yang anda berikan pada Pakatan Pembangkang adalah usaha untuk memajukan rumah urut, disko, rumah pelacuran dan kedai judi. Gua tidak menolak bahawa pemerintahan UMNO/BN juga ada perkara-perkara berikut namun ianya mampu dikawal kerana itu hanya keperluan untuk orang bukan Islam. Tetapi semenjak DAP memerintah Pulau Pinang, pusat hiburan yang disenaraikan di atas tumbuh bagai cendawan.
Gua tidak menyuruh untuk anda katakan bahawa UMNO/BN adalah baik , tetapi paling tidak UMNO/BN tidak sehina Pakatan Pembangkang. Lihat sahaja bagaimana YB Hassan Ali bekas EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang dipecat gara-gara tindakan beliau menghalang penjualan arak secara bebas di Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Pembangkang.
-Tolak Pakatan Pembangkang Demi Agama, Bangsa dan Negara-
No comments:
Post a Comment