About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, June 26, 2012

Siapa Kutuk Nik Aziz Akan Jatuh Bala?


Himpunan SEDAR Rakyat Kelantan Untuk Tukar Kerajaan PAS
"Siapa kutuk Nik Aziz Akan Jatuh Bala". Gua pernah bertugas di SUK negeri Kelantan. Masa itu gua dikelilingi oleh kebanyakkan orang PAS. Mereke ini lebih banyak bercakap daripada membuat kerja. Mengumpat dan menjaga tepi kain orang adalah rutin biasa dikalangan mereka. Gua sekali sekala masuk gelanggang juga dengan mereka ini.

Lambat dicuit nama Nik Aziz, pasti akan keluar "owhhh.. Tokguru ambo la tu..". Taksub atau otordoks? kedua-duanya adalah sama. Segelintir rakyat Kelantan benar-benar taksub kepada Nik Aziz. Mereka menyanjung Nik Aziz lebih dari malaikat. Nik Aziz seolah-olah nabi yang maksum bahkan insan yang menentukan masa depan di hari akhirat mereka ini.

Cerita berantai sewaktu itu cukup hebat. Salah seorang pekerja dalam SUK membuka cerita baru pada suatu hari. "Ado oghe pecoh perut sebab kencing atas poster Nik Aziz". Gua antara orang mendengar cerita tersebut. Waktu itu mula rasa sangsi, apa benar Nik Aziz seorang yang hebat hinggakan bala sebegitu rupa jatuh pada individu yang kencing atas poster beliau? Nyata sekali itu hanya cerita rekaan manusia sengaja digembar-gemburkan untuk menggambarkan Nik Aziz seorang yang maha hebat.

Lagi antara yang menentang Nik Aziz di Himpunan SEDAR.
Hari ini rakyat bukan lagi bodoh. Setiap berita atau khabar angin yang rakyat terima pastinya akan diselidik terlebih dahulu. Rakyat Kelantan kebanyakkan orang yang bijak pandai. 22 Tahun dalam penaklukan kerajaan PAS, kini mereka mula sedar yang PAS hanya parti yang retorik. Pemimpin PAS hanya gemar menipu rakyat disebalik pemakaian yang tampak alim.

Rakyat Kelantan tidak lagi takut kepada bala rekaan orang PAS kononya jika kutuk Nik Aziz, nanti akan jatuh sakit dan sebagainya. Hari ini berapa ramai yang berani bangkit untuk menyatakan kebenaran. Nik Aziz sudah mempunyai ramai penentang dalam Kelantan itu sendiri. Berapa ramai pemimpin PAS yang mula beralih arah dan tidak lagi menyokong kepimpinan PAS. Nik Aziz tidak lagi maksum seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak yang tidak berakal.


-Ubahlah Kerajaan PAS Kelantan Demi Kebajikan Rakyat-

HIDUP UMNO!!



No comments: