About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, June 23, 2012

Secara Rasmi TOKGURU86 Umum Sertai #NADI RAKYAT!!!


Sekian lama gua mula berkenalan dengan askar maya di bawah naungan Nadi Rakyat namun masih belum masa untuk gua sertai mereka sepenuhnya. Sepanjang berkenalan dengan hero perang cyber seperti PapaGomo, Azmy Kelana Jaya, Pas Beruk, Jas Salleh, Waris AMP dan lain-lain yang gua tidak mampu menulis di sini mula dapat merasakan bagaimana keikhlasan dalam jiwa mereka untuk berjuang. Mungkin ini hanya persepsi gua, namun tidak salah gua meletakkan satu persepsi yang positif terhadap semangat juang mereka.


Semalam gua sempat menghadiri satu program anjuran nadi rakyat yang dinamakan brotherhood cybertrooper. Ramai cybertrooper yang selama ini gua hanya bertemu di laman maya turut hadir untuk memberi sokongan dalam program tersebut. Program yang bertujuan untuk wujudkan satu jemaah cybertrooper ini satu tindakan ke arah yang sangat positif gua lihat. Dalam program ini gua dapat kenali pejuang-pejuang cyber seperti Man Laksa, Badut Rakyat, MalaysiaTV, Pena Tanah Melayu, Sekupangdua, Info4thetruth, Asam, Angkatan Pemikir dan ramai lagi. Program yang berobjektif menyatukan cybertrooper ini adalah satu usaha yang patut dipuji dan harus dilaksanakan dari semasa ke semasa.


Kata orang tua-tua, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Dalam perang alam maya mungkin kata orang tua ini sangat perlu kita terjemahkan. Jika sebelum ini kita hanya berjuang secara individu, mungkin sudah sampai masa untuk cybertrooper yang tidak bertuan seperti gua ini harus mempunyai satu saf yang kuat untuk bertindak. "Kebathilan Yang Terancang Boleh Memusnahkan Kebenaran Yang Tidak Terancang". Maka di atas faktor gua sudah mula mengenali Nadi Rakyat secara rapat dengan memakan masa yang agak lama (time based gua), maka hari ini secara rasmi gua ingin umumkan yang gua ingin sertai saf perjuangan NADI RAKYAT secara total. Semoga cybertrooper nadi rakyat dapat menerima gua dengan seadanya. Buat rakan-rakan cybertrooper yang gua baru berkenalan dalam program brotherhood selama 2 hari, di doakan agar perkenalan singkat kita ini akan memberi seribu erti dalam perjuangan menjaga Agama, Bangsa dan Tanahair. Semoga kita bakal bertemu lagi dilain masa dengan izin Allah SWT.


2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah.... Teruskan perjuangan demi kebenaran.

Unknown said...

Alhamdulillah.... Teruskan perjuangan demi kebenaran.