About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, June 2, 2012

Politikus Jangan Terlampau Menekan Penjawat Awam.

·                  
       Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Fauzi Shaari telah menyertai PAS pada 21 Mei 2012 berikutan kekecewaan beliau yang tidak mendapat kontrak atau projek perniagaan daripada kerajaan BN setelah tamat tempoh berkhidmat sebagai anggota polis. Berikutan kekecewaan itu, beliau mengumumkan menjadi ahli PAS bahagian Larut yang mana borang keahlian diterima oleh Haji Hadi Presiden PAS pusat sendiri.

·        Terdapat sumber berkata, bahawa beliau cuba mendapatkan lesen penjualan senjata daripada kerajaan BN tetapi tidak diterima. Berikutan itu, beliau mengambil keputusan untuk menyertai PAS dan menentang kerajaan sedia ada.

·          Bekas Pengarah Pelajaran Perak, Dato’ Adnan Ibrahim mula menyertai PAS pada 12 Oktober 2011 di dalam program Jom Masuk Pas bertempat di Air Kuning Taiping. Dato’ Adnan dikatakan kecewa dengan segelintir pemimpin UMNO termasuk bapa saudara beliau yang cuba menyekat beliau untuk menjadi pemimpin UMNO di kawasan beliau. Berkemungkinan dalam PAS beliau mempunyai peluang untuk menjadi calon bagi PRU13.


·             Beliau begitu aktif berceramah di atas pentas PAS hari ini terutama untuk menarik golongan warga pendidik yang baru. Kebanyakkan warga pendidik yang lama sudah mengenali tingkah laku beliau sebelum ini yang tidak bermoral. Beliau juga dikatakan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga beliau di Teluk Intan.

·         Laksamana Imran bin Abd Hamid merupakan bekas seorang pegawai tinggi TLDM Lumut. Beliau merupakan orang Kelantan. Telah menyertai PAS bersama-sama dengan Dato’ Adnan Ibrahim di Air Kuning pada 12 Oktober 2012. Beliau dikatakan kecewa dengan Kementerian Pertahanan Negara yang tidak meluluskan permohonan untuk mendapatkan pencen kepada bekas tentera yang tidak berpencen. Ini bermaksud setiap pegawai yang berkhidmat selama tempoh 10 hingga 18 tahun dan berhenti sebelum pencen dituntut oleh mereka supaya kementerian memberikan pencen.

·         Ramai yang berkata beliau akan diangkat oleh PAS untuk diletakkan sebagai calon bagi DUN Pasir Panjang kerana didapati beliau mempunyai pengaruh selama tempoh berkhidmat di Lumut dan menetap di Sitiawan.
  
     3 watak utama di atas dilihat orang yang pernah kecewa dengan kerajaan BN. Memang sewaktu khidmat mereka dalam penjawat awam akan sentiasa akur kepada arahan yang dikeluarkan, tetapi harus di ingat, manusia sentiasa menyimpan dendam dan hanya menunggu masa untuk dilepaskan dendam tersebut.

       Baru-baru ini gua sempat bertemu dengan salah seorang pegawai kerajaan yang telah dipindahkan ke Putrajaya atas desakan politik. Salah seorang Ketua Bahagian UMNO yang gua tidak perlu memberitahu bahagian mana telah menggunakan kuasa yang ada untuk mendesak ketua jabatan beliau supaya memindahkan pegawai itu atas faktor yang kecil. 
 
       Pegawai tersebut meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Ketua Bahagian tersebut. Beliau berkata yang beliau masih sayang dengan perjuangan UMNO, tetapi sikap ketua bahagian sebegitu menyebabkan beliau kadang-kadang berfikir untuk beralih arah kepada pihak lain. Namun gua masih rasionalkan beliau.

        Gua menulis artikel ini bukan untuk membuka pekung di kalangan kepimpinan UMNO tetapi ianya kerana gua masih sayangkan UMNO. Dalam menghadapi PRU13 yang semakin mencabar, tidak sepatutnya politikus menekan para penjawat awam yang mempunyai pengaruh mereka masing-masing. Sepatutnya seorang politikus harus rasional dalam membuat sebarang tindakan.

        Jangan hanya sekali sahaja penjawat awam itu gagal memenuhi kehendak kita, hukuman yang begitu teruk perlu diberikan kepada mereka. Pernah ker sekali kita mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam ini sewaktu mereka banyak membantu menjayakan program kita?

     Mungkin mereka ini tidak pernah mengharapkan balasan berbentuk meterial dari seorang politikus selepas membantu dalam sebarang urusan sebagaimana mana 3 ekor naga yang gua sebutkan di atas, tetapi mereka juga tidak pernah meminta untuk dihukum sebegitu rupa jika gagal mengikut kehendak poltikus berkenaan.

        Gua amat yakin penjawat awam masih tidak menerima dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang masih buntu dalam membela rakyat. Penjawat awam juga amat marah dengan DAP apabila parti itu pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengurangkan jumlah penjawat awam jika mereka diberi mandat untuk memerintah Malaysia.

          Biarpun begitu, mereka turut akan menolak UMNO/BN jika campurtangan yang melampau dikalangan politikus UMNO/BN dalam urusan kerja mereka. Keadaan begini berkemungkinan besar mereka dalam dilema untuk memberi undi kepada mana-mana parti pada PRU13 yang akan datang. Sekali lagi gua ulang, tujuan menulis artikel ini atas faktor gua sayangkan UMNO/BN kerana gua percaya masih ramai REAL WARRIOR dalam UMNO/BN.

       Janganlah kita menyesal kemudian hari jika-jika penjawat awam yang kecewa ini mengajak pengaruh mereka supaya jangan keluar mengundi. Ataupun jangan kita menyesal jika mereka ini juga berada di atas pentas Pakatan Pembangkang dan menyampaikan ceramah umum untuk mempengaruhi rakyat dengan memberi mesej UMNO/BN suka mendesak penjawat awam. Padahal perkara tersebut hanya segelintir dalam UMNO/BN lakukan.

-Aku Sayang UMNO-
 






2 comments:

Anonymous said...

Betul tu tokguru. Aku pun kadang-kadang pening dengan segelintir ahli politik Malaysia ni. Baik pembangkang atau pun kerajaan. Suka sangat desak penjawat awam. Macam di Pulau Pinang, penjawat awam kerajaan negeri selalu di arah untuk hadir program kerajaan negeri, sama la jugak ahli politik UMNO dan BN. Harap Datuk Najib peka tntang perkara ini.

Anonymous said...

Harap penjawat awam terus menyokong kepimpinan Najib Razak. Segala transformasi yg PM buat satu perkara yg sgt baik.