About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, May 22, 2012

Siapa Blogger APA? Kenapa Samakan Pejuang Maya Perak Sebagai Lembu?

Keratan tulisan blogger APA
Tulisan serta tomahan blogger APA terhadap Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Perak pada 19 Mei baru-baru ini amatlah mengecewakan kami blogger yang baru berjinak dengan dunia peperangan alam maya. Kami tidak tahu soal masalah peperangan anda dengan pihak blogger pro kerajaan yang lain, dan gua juga tidak mahu ambil tahu masalah peribadi u all, tetapi kami tidak dapat menerima apabila seorang blogger yang menggunakan nama APA sebagai blog beliau menyamakan kami pejuang yang turut hadir dalam konvensyen baru-baru ini sebagai lembu. Siapa APA? Gua tidak kenal dia, dan gua juga tidak ada niat pun untuk berkenalan dengan dia tambahan lagi apabila membaca entry beliau bertarikh 18 Mei 2012 yang menyamakan para pemain maya yang hadir Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Perak sebagai lembu.

Hebat sangatkan blogger APA ini hingga boleh menulis sebegitu rupa? Benarkah Konvensyen Media Sosial yang dijalankan baru-baru ini tidak mendatangkan faedah kepada kami sebagai blogger baru dan blogger tidak berupah? Gua sempat jengak beberapa blog anak Perak yang memberi komen yang positif tentang konvensyen tersebut, dan belum lagi termasuk komen yang diberikan oleh facebooker yang hadir. Keseluruhanya memberi komen yang positif melainkan blogger APA. Baca entry bawah:




Banyak lagi blogger memberi komen positif tentang Konvensyen yang dilaksanakan dimana gua sendiri tidak larat nak baca dan link kan dalam entri ini. Soalan yang gua nak tanya pada APA, adakah beliau terlibat secara langsung dalam konvensyen tersebut hingga boleh menulis sebegitu rupa ke atas peserta yang hadir? Apakah pada 19 Mei 2012 APA turut hadir ke Ipoh untuk mengintai dari jauh sepanjang konvensyen tersebut dijalankan? Jawapanya pasti tidak, tetapi hanya pakar dalam mengkritik sahaja. Apakah dia tahu apa yang berlaku sepanjang konvensyen tersebut dijalankan? Kalau tidak tahu, lebih baik anda menulis tentang isu lain. Banyak lagi isu pembangkang yang sepatutnya anda posting dalam blog MAHA HEBAT anda itu, bukanya hentam program yang dianjurkan oleh pejuang maya pro BN.

Gua tidak ada niat nak istihar perang dengan blogger APA dan tidak ada niat nak cari pasal dengan dia, sebab gua hanya penulis murahan dan tidak mengharapkan populariti serta upah dari sesiapa. Darjat gua amatlah rendah jika nak dibandingkan dengan OTAI APA, tetapi apa jenis program untuk kebaikan BN/UMNO gua pasti akan sokong bukanya sabotaj secara tangan ghaib. APA tahu ker YAB MB Perak melancarkan PCT/ Perak Cyber Trooper yang akan menjadi benteng untuk kerajaan UMNO/BN dalam menangkis dakyah atau fitnah pembangkang melalui laman sosial menjelang PRU13. Kumpulan blogger PCT ini tidak pernah merungut soal upah atau bayaran hasil dari penulisan mereka.

Bermulanya Langkah Perak Cyber Trooper

Gua bukanya ahli PCT, gua bukan juga Nadi Rakyat dan gua jauh sekali UMB. Tetapi gua ada rakan dalam PCT, NR, serta UMB. Selepas konvesyen selesai, sempat gua menyapa pemilik blogger sekupangdua yang juga anak Perak. Beliau cukup berpuas hati dan bangga apabila PCT berjaya dilancarkan sewaktu Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Perak 19 Mei. Paling tidak ianya dapat membangkitkan semangat blogger serta facebooker anak muda Perak untuk terus berjuang. APA tahukah semua ini? Adakah mereka ini LEMBU? Kalau Ybhg. Mr, APA tidak tahu, adalah lebih baik keep silent. Kalau kita tidak mampu berbuat apa-apa, adalah lebih baik kita menyokong usaha baik orang lain. Kalau nak sokong pun tidak mampu, baik duduk jer diam-diam dan mengadap jer blog hebat anda masing-masing.

Akhir kata dari gua.... Maaf buat APA jika apa yang gua tulis ini sedikit mengguris hati dan perasaan anda. Gua selalu memegang ayat ini untuk maju dalam kehidupan di dunia ini. "Tidak Kaya Dipuji dan Tidak Miskin Dikeji". Jika gua ini LEMBU kerana hadir dalam program yang berobjektifkan membantu UMNO/BN membela nasib agama, bangsa dan tanahair, bagaimana dengan mereka yang tidak pernah fikir tentang nasib agama,bangsa dan tanahair? Apa yang APA nak labelkan pada mereka ini. Sekian wasalam...

Baca entri gua berhubung Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia Perak di bawah:



8 comments:

Anonymous said...

Sabar tokguru. Kita kena teruskan perjuangan. menjadi kebiasaan dalam perjuangan pasti ada orang yang dengki.

Anonymous said...

rileks TG86... biasalah tuuu.. Bila diri dah rasa hebat, semua yang orang lain buat dia akan kata tidak betul.. yang dia buat semua betulll.. Tahniah buat pejuang maya Perak yang bakal menjadi benteng kepada umno/bn Perak..

TOKGURU86 said...

Gua bukan apa derrr.. Gua bukan anak Perak, tetapi gua turut hadir dalam program tu. Byk pengisian yang baik-baik dlm program ilmu itu. Selain penghargaan kepada adik-adik yang aktif di laman sosial, ianya juga peningkatan ilmu yang baik melalui forum yang dijalankan. kalau x suka jangan la nak kondem x tentu hala.

Anonymous said...

Tolonglah jangan panggil APA blogger otai....nak muntah aku. Kalau korang nak tahu tulisan dia dari awal memang berdendam dengan UMNO sebab menurutnya UMNO ada hutang dengan dia melalui Pak Lah. Kononnya dia ada supply poster berharga RM250 juta utk Pak Lah. Kalau dia tu terror sangat, apasal buat kerja langsung takde dokumen. Pakai janji mulut je, kelakar aku baca. Kalau RM25 bolehlah. Sebab tu tuntutan dia ditolak oleh mahkamah.

Sekarang ni dah sampai masa dia menghentam kiri kanan untuk memuaskan hati dia.

TOKGURU86 said...

Gua tak nak ambil tahu soal peribadi dia. Tapi satu jer..minta dia tarik balik atau mintak maaf kepada pemain maya Perak yang disamakan dengan lembu.

Anonymous said...

x per la TG. Biarlah sekali skala kita jadi lembu. Sebab lembu mcm kita la yang berjuang nak bela anak lembu mcm APA tu. kekeke

Anonymous said...

APA tu yg lembu Tun F

SLING SHOT said...

APA NAK JADI TAK HABIS2 LAGI KE PERANG BLOGGER PRO BN NI ? SABAR TOKGURU.. NAMA PUN TOK GURU..