"Salam. Tahniah buat kedua pendebat iantu Rafizi dan YB KJ. Yang jelas debat ini tidak akan ada yang menang dan tidak akan ada yang kalah. Juga yang jelas, penyokong setia yang mendengar di bawah itu akan terus menyokong pendebat masing-masing.
Rafizi, saya tidak tahu sejauh mana kerja anda dalam membantu Anwar Ibrahim mencapai cita-cita beliau. Saya juga tidak mahu ambil tahu berapa jumlah bayaran yang anda perolehi sebagai Pengarah Strategi PKR menjelang PRU13.
Buat pengetahuan Rafizi, saya adalah bekas pelajar IPTA di zaman Anwar Ibrahim sebagai TPM dan pernah memangku jawatan PM Malaysia. Ketika itu saya telah membuat pinjaman PTPTN yang diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim. Kenapa saat dan ketika Anwar ada kuasa, PTPTN ini tidak dihapuskan sama sekali.
Tolong sampaikan pesanan ini kepada Anwar Ibrahim wahai Rafizi, apa mungkin seorang yang pernah menyalahgunakan wang negara seperti Anwar Ibrahim itu ikhlas dalam menjaga kebajikan pelajar IPT. Kalau Sharizat itu dianggap jerung dan pelajar sebagai bilis ketika ini, Anwar Ibrahim adalah bapak segala jerung ketika beliau berkuasa.
Jika benar PTPTN ini adalah dasar Pakatan Pembangkang, kenapa ianya baru sahaja diperkenalkan? Adakah PTPTN ini baru diperkenalkan pada tahun 2012 dan ingin dihapuskan selepas PRU13? Sepatutnya dasar ini harus dijadikan manifesto sewaktu PRU12 lagi sebab ketika itu sudah ramai pelajar yang tidak bayar hutang PTPTN.
Anwar Ibrahim pernah janji macam-macam untuk penyokong beliau, dan akhirnya orang kanan beliau pun lari dari beliau. Kenapa ini berlaku? Sebab Anwar Ibrahim memang seorang pembohong.
Buat mahasiswa di luar sana, syukurlah dengan apa yang ada di Malaysia ini. Peluang dapat belajar pun satu nikmat kepada kita. Bahkan baucer buku lagi sebanyak RM200.00 kerajaan bagi. Waktu saya belajar, terpaksa tungkus lumus bapak mencari duit untuk anak dia beli buku, tetapi hari ini kerajaan tolong ringankan beban bapa kita.
Tidak ada masalah dengan pinjaman PTPTN jika kita benar-benar ingin belajar. Score tinggi dalam exam, insyallah ianya akan ditukar menjadi biasiswa. Itu juga kerajaan BN buat. IPT tempat melahirkan insan yang cerdik dan intelek bukan untuk melahirkan perusuh jalanan yang reti berhutang tetapi malas belajar."
email yang diterima oleh TG86
No comments:
Post a Comment