About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, April 7, 2012

UCAPAN ANWAR IBRAHIM YANG PALING KONTROVERSI DI LONDON SCHOOL OF ECONOMICS.


Berikut merupakan terjemahan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang paling kontroversi di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 yang sedang hangat diperdebatkan di kalangan golongan intelektual Malaysia dan menjadi titik tolak Anwar Ibrahim dikatakan sedang mempromosi Pluralisme Agama di Malaysia. ( Rujuk buku PLURALISME AGAMA , Satu Gerakan Iblis memurtadkan Ummah oleh Ismail Mina Ahmad)

Ucapannya itu bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” (Agama dan Pluralisme Antara Dua Dunia).

Walaupun ucapan ini telah ditarik balik di blognya, namun ucapan asal masih boleh diakses di lamannewasiarepublic.com, manakala rakaman Audio ucapannya boleh didengari di laman

http://richmedia.lse.ac.uk/publicLecturesAndEvents/20100318_1700_religionAndPluralismInADividedWorld.mp3
Berikut disertakan terjemahan ucapan Anwar yang kontroversi tersebut:-

Biarlah saya bermula dengan baris (puisi) yang penuh padat makna rahsia dari gubahan T.S. Eliot, bertajuk ‘Burnt Norton’

Pergi, pergi, pergi kata burung itu: Umat manusia tidak mampu lagi menanggung realiti.

Tetapi saya katakan tanggunglah, sesungguhnya, kita mesti lakukannya, ia merupakan realiti sebenar di dunia kita hari ini, bahawa golongan-golongan agama tertentu menganggap hanya ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke arah jalan keselamatan (salvation).

Pandangan yang ekslusif ini (yang mengangap hanya satu agama sahaja benar), malangnya telah tersebar secara meluas dalam hubungan antara agama-agama dan juga di kalangan mereka yang sama agamanya.

Dalam kalangan masyarakat Kristian, kita diperlihat kemunculan perpecahan-perpecahan dan akibat dari pergolakan-pergolakan yang timbul berpunca daripada sikap dan kefahaman tertutup (exclusivity) ini.

Di kalangan umat Islam, fahaman kumpulan Sunni, Shi’ah dan Sufi mempunyai sejarah yang penuh dengan kepelbagaian turun naiknya dan terus menerus menunjukkan kepada dunia satu senario keganasan dan pertumpahan darah.

Tentangan terhadap Muslimin yang berpindah ke Eropah menjadi lebih pahit lagi berikutan peristiwa selepas 9/11 dan 7/7, yang menguntungkan parti-parti politik sayap kanan, (hasil) daripada pusingan baru‘xenophobia’ (kebencian dan ketakutan rakyat asing) dan kempen menakut-nakutkan (kepada ancaman militan Islam).

Pengharaman Perancis terhadap ‘burqa’ (wanita muslim memakai jubah yang hanya nampak mata) menimbulkan emosi yang amat hangat dari kedua belah pihak, tetapi ramai Muslimin menggaru-garu kepala mereka dengan kehairanan apabila Switzerland mengharamkan kubah-kubah (pada masjid di sana).

Kembali ke belakang, dalam abad ke 13, seorang penyair sufi Jelaluddin al-Rumi menulis dalam Masnawinya (Koleksi Puisi Arab-Parsi) :

Lampu-lampunya adalah berlainan, tetapi Cahaya itu adalah sama, ia datang dari Seberang Sana; Seandainya kamu terus menerus melihat pada lampu, kamu akan tersesat; kerana dari sana muncul pelbagai bilangan dan kemajmukan (plurality).

Bait (puisi) itu adalah sangat relevan kepada kita hari ini. Walaupun terdapat perdebatan-perdebatan yang penuh dengan kebencian berlaku (hari ini) yang menghubungkan agama dengan konflik dan diskriminasi, (tetapi) yang menjadi hakikat bahawa tahap pengalaman keagamaan peribadi akhirnya kembali kepada konsep universal tertentu.

Dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku selepas meninggal dunia?

Jalan kerohanian itu akan membawa kita kepada satu pencarian universal tentang kebenaran dan usaha untuk mencapai keadilan serta sifat keunggulan.

Kita bergembira mengecapi keindahan, (baik) di dalam diri kita sendiri dan juga di sekeliling kita. Kita rindu kepada ilmu pengetahuan, kedamaian dan keselamatan di tengah-tengah misteri dan ketidaktentuan alam semesta.

Dalam dunia kita yang terpecah-pecah yang diisi dengan keburukan, keganasan dan ketidakadilan, agama memberikan kesempatan kepada semua umat manusia untuk merealisasikan nilai-nilai yang menyatukan kemanusiaan, walaupun terdapat kepelbagaian dalam negara, iklim dan budaya.

Dante (Dante Alighieri) – seorang daripada penyair-penyair agung dalam tradisi Kristian – menyebut banyak perkara dalam hal ini (pluralisme).

Dengan dikelilingi oleh konflik dalam masyarakat yang merobek landskap para penduduk luar kota negara Itali pada abad ke 14, Dante yang amat arif tentang konflik untuk mendapat kuasa di antara golongan ‘Lords Temporal’ dan ‘Lords Spiritual’ (Golongan yang Memerintah dan Golongan Penguasa Agama Kristian pada waktu itu).

Apabila (Dante) melihat kerosakan yang ditimbulkan daripada usaha untuk menyelesaikan pembahagian dan perpecahan itu, beliau melihat satu penyelesaian yang bukan hanya bersifat secara politik semata-mata.

(Dante) menulis dalam ‘Monarchia’ (esei politik yang ditulis dalam bahasa Latin) menyatakan bahawa tujuan terakhir kehidupan manusia adalah pencapaian matlamat dua kali ganda – kebahagiaan dalam kehidupan duniawi dan juga kebahagiaan dalam kekal (akhirat) dengan berada dalam limpahan nur melihat Wajah Tuhan.

Mencapai dua matlamat agung ini menghadapi kesukaran yang besar:

‘Hanya apabila gelombang-gelombang kerakusan yang menggoda itu ditenangkan dan umat manusia berehat santai dalam ketenangan dan kedamaian‘

Pandangan Dante tentang keamanan sejagat boleh dicapai hanya apabila bangsa-bangsa di dunia bersatu dalam sebuah kerajaan planet yang tidak berbelah bahagi.

Sudah tentu, ini merupakan satu impian utopia, tetapi dengan sifatnya yang datang dari Eropah maka patut diberikan perhatian bahawa impian ini bukannya impian Eropah untuk menguasai yang lain berada di bawahnya.

Juga beliau (Dante) tidak membayangkan Gereja berkembang meluas di luar daripada tembok-temboknya.

Pemerintah yang mempunyai kuasa dalam landskap yang utopian ini adalah Fakulti Akal Manusia, yangmenghubungkan visi Dante secara langsung dengan pandangan falsafah tokoh-tokoh agung intelektual lslam termasuk al-Farabi dan Ibn Rushd.

Sudah tentu dalam sistem Dunia Order Baru perkara demikian itu tidak pernah berlaku. Sebaliknya jika masih ada warisan abadi Pemikiran Pencerahan (Enlightenment Thought) yang berterusan dalam geopolitik dunia, itu hanya dalam bentuk yang terpecah-pecah, empayar-empayar dan dinasti-dinasti kepada individu, yang saling berlumba-lumba untuk mengatasi di antara satu sama lain, dan bukannya penyatupaduan yang lebih besar.

Banyak sudah darah yang tumpah untuk mencipta dan kemudian mempertahankan sempadan- sempadan (kuasa). Walaupun ada usaha-usaha sesetengah pihak untuk memurnikan bumi-bumi mereka, sempadan-sempadan yang digariskan di sekitar negara-bangsa (tetapi) telah dikaburkan pula dengan munculnya sistem pengangkutan dan komunikasi moden.

Dunia hari ini mungkin lebih bersifat pelbagai dan bersepadu (integrated) daripada apa yang berlaku pada zaman keemasan Islam di Sepanyol, di mana orang-orang Kristian, Yahudi dan Muslim hidup dengan aman damai dalam suasana hidup bersama (co-existence). Tetapi sukar pula untuk kita menyatakan (pada zaman moden ini) bahawa kesan yang mendominasi dari saling berhubungan ini (connectivity) adalah keamanan dan keharmonian.

Pada hari ini, kebebasan beragama (freedom of religion) yang tidak ada Pluralisme Agama (religious pluralism), adalah tertanam teguh sebagai kebebasan dalam perlembagaan dalam negara-negara demokrasi.

Dengan demikian, maka memihak kepada sesuatu agama (tertentu sahaja) dan tidak yang lain atau memberikannya kedudukan yang mengorbankan yang lain boleh dianggap sebagai bertentangan dengan semangat pluralisme agama.

Namun perkara ini masih berlaku walaupun dalam negara-negara demokrasi yang teguh kedudukannya di Eropah, manakala di Timur Tengah pula dan di Asia Tenggara, sikap bercanggahan di antara dua perkara yang saling berlawanan ini disifat sebagai perkara lumrah yang biasa berlaku(taken for granted) sehingga akhir- akhir ini.

Sebab itulah, maka wacana tentang pluralisme agama (religious pluralism) mesti berhadapan dengan persoalan dasar berkenaan dengan kebebasan beragama (freedom of religion) dan dikaitkannya dengan kebebasan hati nurani manusia (freedom of conscience).

Persoalan yang timbul adalah, adakah kepelbagaian agama yang menjadikan dunia yang terbahagi-bahagi itu menjadi lebih terbahagi-bahagi lagi sifatnya, ataupun penafian terhadap kebebasan beragama yang menjadi penyebabnya.

Saya percaya bahawa saya bukan keseorangan dalam membuat kenyataan tentang pluralisme agama untuk berkembang subur dalam dunia yang terbahagi-bahagi sifatnya ini, maka adalah perkara yang tidak boleh diterima dari segi moral apabila seseorang itu berkata kepada orang lain yang mereka mempunyai sistem kepercayaan lain (yang lebih benar) daripadanya:

Kami beriman kepada Tuhan kami dan kami percaya kami benar, anda percaya kepada Tuhan anda, tetapi apa yang anda percaya adalah tidak benar.

Kalaulah kenyataan Qur’an bahawa ‘tidak ada paksaan dalam agama’ itu tidak mempunyai erti apa – apa, maka bermaksud perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukanlah bersifat Islamik. Tetapi apabila kita menyatakan demikian bukanlah bermakna kita menafikan realiti kepelbagaian agama kerana Al Qur’an menyatakan perkara itu dengan nyata sekali.

‘Wahai ahli kitab, sesungguhnya Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali di antara sesama kamu. Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Menyedari Dengan Mendalam “.

Kitab Agama Sikh Guru Granth Sahib memberitahu kepada kita bahawa orang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) membawa kepada Yang Satu (the One Shall) akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran (absorbed in Truth).

Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu dan banyak lagi yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang lebih tinggi (higher truths) yang mengatasi amalan- amalan semata (mere practice) dan ibadat (ritual) semuanya terpusat atas kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Tuhan kita datang dan kepada Tuhan kita kembali.

Tetapi terdapat pemimpin-pemimpin agama tertentu di dunia yang terus menerus membuat dakwaan yang eksklusif (exclusivist claims) yang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi (the eternal truths) berbanding dengan penerimaan terhadap kebersamaan (commonality) yang boleh mengikat di antara kita.

Kalaulah kita menerima bahawa (kita) boleh menjadi kesatuan dalam kepelbagaian, maka pluralisme agama adalah satu tenaga penyatuan tersebut, (dan) bukannya faktor perpecahan. Itulah jalannya untuk kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih sayang dan kebaikan.

Tentang Muslimin pula, mereka masih berterusan bermasalah dengan menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebaasan hati nurani (freedom of conscience).

Mereka (umat muslimin) memandang budaya pluralisme agama sebagai satu bahagian daripada konspirasi agung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan Muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme Agama juga dilihat sebagai jerat bagi menyeludup masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi (pendapat itu) sebenarnya merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat mengikut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk mengenakan undang-undang dan nilai-nilai Islam ke atas seluruh masyarakat.

Sistem Millet Uthmaniah berdiri sebagai satu contoh sistem yang diwujudkan oleh negara Islam yang didasari oleh prinsip hormat menghormati dan pengiktirafan kepada hak-hak bukan Islam untuk mengikut ajaran-ajaran agama mereka secara bebas merdeka.

Memang diakui bahawa perkara ini penting untuk menjaga keharmonian dalam persekitaran masyarakat yang pluralistik, dari sebuah kerajaan yang sedang berkembang.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, seorang fakih Hanbali dalam abad ke 8 memberitahu kita gambaran yang lebih jelas lagi.

Dalam kes perkahwinan amalan agama Zoroaster yang orang-orang lelakinya digalakkan mengawini ibu-ibu mereka, ini merupakan amalan yang dari segi moralnya amat menjolok mata kepada umat Muslimin.

Namun apabila ditanya tentang bagaimana negara Islam memandang kepada perkahwinan amalan agama Zoroaster itu, ibn al-Jauzi menegaskan bahawa itu merupakan hak-hak orang Zoroaster (dan) kes-kes mereka tidak akan dibawa ke dalam mahkamah-mahkamah Syariah, serta menganggap amalan sedemikian itu sebagai dibenarkan dalam tradisi undang-undang mereka. Maka, katanya, negara Islam tidak berhak untuk campur tangan dalam hal itu.

Adalah malang sekali jika sesetengah daripada kebijaksanaan-kebijaksanaan kesarjanaan klasik Islam dilupai. Simpulan ideologi yang bersikap rigid (rigidity) masih merupakan penghalang kepada kemajuan dan pembaharuan.

Muslimin hendaklah membebaskan diri mereka daripada amalan-amalan lama yang menggunakan klisedan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang lain, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Al Qur’an menyatakan ‘Katakanlah: Dia adalah Allah, Tuhan Yang Satu yang menjadi tumpuan pertolongan kepada semua.

Seorang daripada sarjana Taurat yang teragung pada Zaman Pertengahan, terkenal juga dengan nama Arabnya, Abu ‘Imran Musa bin ‘Ubaidullah Maimun al-Qurtubi, dalam menghuraikan keesaan Tuhan dalam agama Yahudi berkata: Tuhan adalah Esa,tidak ada yang menyerupaiNya.

Apabila merujuk kepada ungkapan (dalam Kristian) ‘Maha Suci Nama Engkau’ (“hallowed be thy name”) dari Lord’s Prayer, (Matt.6:9) mendiang Swami Prabhavananda menulis bahawa nama Tuhan boleh dipandang sebagai mantra, yang apabila diulang-ulang, memberi kekuasaan rohaniah dan menyucikan kalbu dan minda orang yang menyebutnya.

Dengan amalan ini, maka ‘nama’ Tuhan dialami sebagai hidup dan penuh kesedaran, seperti seseorang itu bersama dengan Tuhan-dan pencerahan rohani akan dicapai’.

Dari segi sejarahnya, Muslimin menganggap Al Qur’an sebagai tertumpu kepada Akal dan juga Roh manusia. la menentukan susunan sistem dalam alam, prinsip-prinsip dan keyakinan-keyakinan, dan ia menuntut pemeriksaan yang teliti dan menyeluruh tentang semua perkara itu supaya dengan itu, kita boleh mencapai kepastian tentang kesahihan dakwaan-dakwaan dan mesejnya.

Tinjuan ini semestinya, tidak boleh tidak, membawa kepada kesedaran terhadap prinsip-prinsip yang abadi tentang Tawhid terhadap Tuhan yang daripadanya pula keluarnya Hukum Yang Rabbani.

Tetapi syariah itu bukannya semata-mata dipahat pada batu (cast in stone),(yang bermaksud statik) dan ia (syariah) itu mengalami evolusi (perubahan) secara dinamis. Demi untuk menjaga jalan menengah (a middle ground), maka unsur utama dalam metodologi (kaedah) Islam mesti dinilai semula dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ (clash of civilizations) yang telah dan masih meletihkan seperti pukulan ‘gendang purba’ itu. Pekara ini nampaknya seperti metafora yang menarik kepada imaginasi sejarawan dan ahli-ahli sains politik.

Hasilnya adalah satu pertembungan sudut pandangan tentang sejarah, persepsi, dan gambaran-gambaran yang kemudiannya pula membawa kepada penafsiran yang kerap kali bercanggah, bukan sahaja tentang sejarah, tetapi juga pandangan dunia (world views)

Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot:

“Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah (juga) boleh pula berupa sebagai kebebasan”.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun danmenumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang sedang menggelegak dalam umat Islamitu sendiri.

Kita melihat berlaku suatu pertembungan yang lebih berbahaya dan membimbangkan dalam tamadun Islam (intra-civilizational), iaitu antara yang lama dan baharu (the old and the new), lemah dan kuat(the weak and the strong), moderat dan fundamentalis (the moderates and the fundamentalists), dan modernis dan traditionalis (modernists and the traditionalists).

Seandainya kita melihat sejarah sebagai perhambaan, kita boleh mengabaikan perspektif sejarah dan meletakkannya ke dalam alam akademik berdasarkan kepada alasan bahawa kita sudah pun berada di abad ke 21.

Turki dan Indonesia sedang merintis jalan ke arah demokrasi bagi umat Islam untuk menjadi ikutan. Kemasukan segera Turki ke dalam Kesatuan Eropah merupakan suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal itu dicapai, namun, sayangnya, halangan-halangan yang dibuat oleh sesetengah negara-negara ahli Kesatuan Eropah itu sangat jelas menunjukkan isyarat wujudnya Islamophobia (ketakutan melampau kepada Islam).

Di Asia Tenggara, Indonesia telah pun berjaya mencapai garis penamat (dalam amalan demokrasi), manakala negara jiran-jirannya yang Muslimin (termasuk Malaysia) masih lagi terlekat pada tahap permulaan jalannya.

Maka sejarah sebenarnya adalah kebebasan (freedom) jika kita bersedia untuk mendapat pelajaran daripadanya.

Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menghalalkan perbuatan-perbuatan ganas dalam pelbagai bentuk dan rupanya, hingga mengaburkan di antara garis jihad dan keganasan (jihad and terrorism).

Mujurlah adanya pentadbiran Presiden Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan ketara berbanding dengan polisi Presiden Bush yang mengamalkan sifat percanggahan yang memilih bulu, dalam memerangi keganasan, iaitu memberi sokongan kepada para autokrat (kuku besi) di Dunia Islam di satu pihak, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi (freedom and democracy) di satu pihak yang lain pula.

Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbiran Obama itu berperanan, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika berkaitan hubungan dengan Dunia Islam.

Dalam Islam, kebebasan dianggap sebagai salah satu matlamat yang paling tinggi daripada undang-undang Ilahi yang sama elemennya dengan demokrasi berperlembagaan untuk menjadi imperatif moral dalam Islam – iaitu kebebasan hati nurani (freedom of conscience), kebebasan untuk bercakap menentang kezaliman (freedom to speak out against tyranny),(dan) seruan untuk pembaharuan dan hak ke atas pemilikan (a call for reform and the right to property).

Sebagai penutupnya, biarlah saya sekali lagi menyebut apa yang saya selalunya simpan untuk nukilan dari Eliot’s Four Quartets:

Apa yang kita sebut sebagai permulaan kerapkali ia bahagian akhirnya
Dan membuat satu bahagian akhir adalah (juga) membuat satu permulaan
Bahagian akhir adalah tempat kita bermula.

Nota: Ucapan Datuk Seri Anwar telah ditarik dari balik daripada sia

1 comment:

dinbangi said...

Itulah nasib Anwar Ibrahim.

Berguru kepalang ajar. Tersesat jauh dalam perjalanan. Nampak sukar untuk pulang asal.

Namun Allah sentiasa membuka ruang untuk kembali kepada yang benar.

Moga umat Islam, rakyat Malaysia dan negara ini sentiasa mendapat rahmat dan pengampulan dari Allah SWT.