Zizan
PELAWAK dan pengacara, Zizan Razak atau Zizan (Raja Lawak) enggan
mencampuri urusan peribadi rakan pengacaranya dalam rancangan Melodi iaitu Dira Abu Zahar yang didakwa memukul seorang wanita di dalam sebuah kelab baru-baru ini. Zizan berkata, dia menganggap isu itu adalah sensitif dan sebagai orang luar, dia tidak berhak mencampuri urusan tersebut.“Sejujurnya satu-satunya individu yang berhak bercakap mengenai
perkara ini adalah Dira sendiri kerana dia lebih mengetahui. Tambahan
pula isu ini sangat sensitif dan kesahihan cerita tersebut belum tentu
benar.“Jadi adalah lebih baik saya tidak mencampuri urusan orang lain kerana takut ia akan menimbulkan masalah,” ujarnya kepada mStar Online.
Dira
Dalam pada itu, Zizan juga enggan mengulas mengenai kehilangan Dira
daripada program itu yang telah menimbulkan tanda tanya peminat setia
rancangan hiburan tersebut.“Baik pihak produksi mahupun Dira saya memang tidak pernah bertanya
mengenai kehilangannya daripada program itu kerana tidak mahu masuk
campur.“Apabila penerbit memberitahu saya akan digandingkan dengan orang berbeza, saya anggap Dira mempunyai komitmen lain,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengenai keserasiannya bersama Awal Ashaari
yang menggantikan Dira, Zizan memberitahu dia senang bekerja dengan
pengacara itu.Ujar Zizan, dia tidak pasti sama ada Awal akan terus kekal mengacarakan program itu bersamanya atau pun hanya untuk sementara.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia ingin terlibat secara
serius dalam dunia lakonan dengan membawa pelbagai watak dan tidak hanya
tertumpu kepada genre komedi sahaja.
- mStar Online
No comments:
Post a Comment