SUBANG JAYA: Dia gadis sunti yang masih bersekolah, namun cekap
melakukan jenayah pecah rumah bersendirian dan disyaki terbabit dalam
sekurang-kurangnya 10 kes di Flat Sri Kayan, di sini, membabitkan
kerugian mencecah ribuan ringgit.
Aktiviti remaja berusia 14 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup
selepas memecah masuk dan mencuri kelapa di sebuah rumah penduduk flat
berkenaan, jam 5 petang kelmarin.
Menurut sumber, penangkapan suspek yang juga pelajar sebuah sekolah
menengah di sini, sekali gus melegakan penduduk di flat berkenaan yang
sebelum ini kebimbangan apabila 10 rumah penduduk di situ dipecah masuk
sepanjang enam bulan lalu.
“Suspek yang bergerak sendirian mencuri apa saja barangan milik penduduk
dan antara yang dilaporkan hilang termasuk wang, barang kemas, komputer
riba dan kamera yang nilai keseluruhannya mencecah ribuan ringgit,”
katanya.
Sumber itu berkata, remaja terbabit memiliki kemahiran membuka tingkap
atau pintu rumah yang dikunci selain licik melalui celahan besi tingkap
sempit.
HANTU MAK LAMPIR YANG MEMANG BETINA.
V
v
v
No comments:
Post a Comment