About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, April 20, 2012

Email Alert!! Propaganda PAS Yang Bersifat Perkauman Terhadap Orang Cina.

Gua baru dapat email dari seorang pembaca. Tetapi gua tidak pasti apa tujuan email ini di hantar ke alamat email peribadi gua kerana si penghantar tidak menulis penjelasanya. Cuma subjek yang beliau tulis adalah "BN Zalim Terhadap Orang Melayu". Sekali fikir mungkin inilah blasting email dari puak PAS kepada sesiapa sahaja terutama orang Islam. Nampaknya PAS telah menggunakan apa sahaja medium dalam memancing undi rakyat dalam menjelang PRU13 yang mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

Tetapi si penghantar mungkin silap kerana dalam beliau blasting email tersebut gua salah seorang penerimanya. Mungkin dia tidak tahu yang gua ini, hidup mati akan terus menyokong UMNO/BN. Tetapi email yang berbentuk propaganda ini amat menarik jika di baca serta dikongsi. Maka sebab itu gua terus print screen untuk dimuatkan pada blog ini bagi tatapan anda semua. Bagi gua, email balsting juak PAS ini berbetuk perkauman yang cuba memburukkan imej orang Cina di Malaysia. Kenapa gua berkata demikian rupa? Jom kita lihat gambar di bawah:


Propaganda PAS yang bertajuk BN Zalim dan pilih kasih kerana enggan mengenakan cukai yang tinggi kepada Orang Cina bukankah satu ayat yang cukup keras jika di baca oleh orang Cina? Adakah salah bagi sebuah kerajaan BN untuk menjaga semua rakyat di Malaysia ini tanpa mengira mereka Cina, India mahupun Melayu? Kenapa PAS begitu benci kepada orang Cina? Orang PAS harus sedar bahawa selama ini ekonomi negara Malaysia telah banyak dibantu oleh orang cina hinggakan limpahan itu dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Lihat lagi pada gambar di atas yang gua merahkan dengan garisan petak. "CUKUP KAYA TETAPI ANGKUH". Kenapa juak PAS yang kononya baik di depan Cina tetapi hakikatnya mengeji serta mengutuk bangsa Cina sebagai bangsa yang angkuh? Apakah benar bangsa Cina di Malaysia ini angkuh? Inilah realitinya juak PAS. Dalam mencari undi dikalangan orang Melayu mereka sanggup mencerca dan menghina orang Cina yang selama ini banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara Malaysia. Siapa sebenarnya yang RASIS selama ini? PAS atau UMNO? PAS kata UMNO adalah parti yang assabiyah kerana hanya menjaga kepentingan orang Melayu selama ini. Apa plak dengan perjuangan PAS jika dilihat pada gambar di bawah yang gua print screen dari email balsting yang dihantar?



PAS kata perjuangan untuk bangsa Melayu bukanya tuntutan dalam Islam. Tetapi kenapa email blasting ini dihantar dan dalam email tersebut menyebut tentang Melayu seperti mana yang gua gariskan merah pada gambar tersebut. Sah bahawa PAS hanyalah parti pembohong. Bukan sahaja parti yang membakar api perkauman kepada orang Melayu Islam malahan mengutuk keras kaum Cina dari belakang. Apakah selama ini hubungan baik PAS dan DAP hanyalah satu penipuan yang hanya untuk mengaburkan mata rakyat? Tapi apa yang gua gelak bila baca email tersebut adalah PAS berjanji akan membina 300 Masjid dan 300 Surau berhawa dingin. Sangat hebat. Berapa buah Masjid telah PAS Kelantan dirikan? 10? 20? 30? Gua malas nak komen. Korang fikirlah sendiri.


Di Depan Rakyat Mereka Bersatu, Tetapi Dalam Hati Lawan Tetap Lawan.


-PAS Perkauman-

No comments: