About Me
Wednesday, April 25, 2012
Air Kelantan Sdn.Bhd Dalam Siasatan SPRM.
KUALA LUMPUR 24 April - Selepas lima bulan Utusan Malaysia menyiarkan laporan khas mengenai bekalan air di Kelantan yang tercemar, pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di Kota Bharu semalam untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air berkenaan.Difahamkan, pegawai dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu tiba pada pukul 10 pagi semasa mesyuarat Lembaga Pengarah AKSB yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang berlangsung.Mereka berada di pejabat AKSB sehingga petang dan mengambil keterangan beberapa pegawai kanan syarikat berkenaan sebelum pulang dengan membawa beberapa fail penting untuk membantu siasatan.Menurut sumber, SPRM bertindak menyiasat syarikat pengurusan air tersebut setelah menerima laporan yang dibuat oleh Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam urus tadbir AKSB melibatkan kerugian berjumlah jutaan ringgit pada Mei lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment