Biro Tatanegara dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak akan menjalankan program amal khusunya untuk golongan muda mudi. Himpunan Motosikal yang akan mempamerkan motosikal jenis berkuasa tinggi serta klasik ini akan berlansung di perkarangan pejabat Parlimen Bagan Datoh Perak pada 3 Mac 2012 (Sabtu). Program ini akan dijalankan seawal jam 7.30 pagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan futsal berkain pelikat, gusti lengan, dam haji, mewarna, pertandingan nyanyian lagu patriotik, gerai pameran dan jualan, konvoi motor. Di sebelah waktu malam, bermula jam 8.00 akan diadakan Majlis Penerangan Perdana dan antara panel yang dijemput adalah YB Datuk Hj Ahmad bin Maslan (Timb. Menteri JPM) dan YB Dato' Zulkifli Nordin (AP Kulim Bandar Bharu). Program ini bakal dirasmikan oleh AP Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahanan Negara YB Dato' Seri Dr Zahid Hamidi yang dijadualkan akan berada di sana sepanjang program dijalankan.
Masuk adalah percuma. Dapatkan hadiah cabutan bertuah yang menarik seperti basikal dan motosikal. Mohon untuk disebarkan. Bersama Menjayakan Gagasan 1 Malaysia.
Jika ada sebarang program berbentuk amal, sila emailkan pada gua untuk dihebahkan. Terima kasih..

-Iklan Ini Tidak Berbayar-
No comments:
Post a Comment