About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, February 3, 2012

PRU13 AKAN DIJALANKAN PADA 2013? APA ADA PADA ANGKA 13?

Tun Mahathir


KUALA LUMPUR –Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) menangguhkan pilihan raya bagi memberi ruang untuk memenangi sokongan pelbagai pihak termasuk kaum cina, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak boleh mendapatkan kemenangan mudah tanpa memenangi kembali kehilangan majoriti dua pertiga pada 2008 sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

Katanya lagi Najib perlu berusaha keras untuk memenangi semula negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

“Jika ada masa, guna masa itu untuk terus mendapatkan sokongan,” katanya dalam wawancara bersama agensi berita Bloomberg.

Tambah Dr Mahathir lagi, BN tidak boleh kehilangan sokongan daripada mana-mana kelompok dalam negara kerana menurutnya wujud persepsi bahawa orang Cina tidak akan mengundi kerajaan.

Najib yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri pertengahan 2009 mempunyai tempoh untuk mengadakan pilihan raya menjelang 2013.

Bagaimanapun najib mencetuskan spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan lebih awal apabila pada Disember lalu mengumumkan bahawa persiapan telahpun diadakan.


sumber: Detik Perubahan

2 comments:

Anonymous said...

13 maknanya BN akan memenangi 13 darpd 14 negeri di seluruh Malaysia ?

TOKGURU86 said...

lor... satu lagi negeri kita nak bag pada siapa?