Pejuang Islam Sebenar.
Dalam dunia politik, segalanya boleh berlaku tanpa kita duga. Politik adalah satu seni yang cukup menarik. Kadang-kadang musuh boleh menjadi kawan sepantas kilat dan kawan juga mampu bertukar musuh dalam sekelip mata. Gua terkenang sewaktu zaman Anwar Ibrahim menjadi anak didik Tun M. Ketika itu bagi Anwar Tun M adalah segalanya pada beliau. Tun diangkat serta disanjung bagai menatang minyak yang hampir tumpah. Tetapi bila beliau dipecat dari UMNO serta hilang kuasa dalam pentadbiran negara, apa perkataan yang keji tidak keluar dari mulut Anwar menghentam Tun M. Inilah realiti politik yang jika dilihat amat kejam untuk memberi penilaian. Tetapi harus ingat, dengan politik jugalah akan menentukan jatuh bangun sesuatu Agama, Negara mahupun Bangsa.
Berbalik kepada tajuk yang gua tulis. NajibRazak Harus Waspada Dengan Kuasa Ketiga. Siapa kuasa ketiga yang gua maksudkan? 2 hari lepas gua berkesempatan untuk menjenguk ceramah yang disampaikan oleh YB Hassan Ali di Pengkalan Pegoh Perak. Memang terkejut melihat kepada kehadiran yang gua membuat anggaran secara rawak dan mata kasar hampir 15000 orang memenuhi ruang legar ceramah. Tahniah YB Hassan Ali gua ucapkan. Komitmen beliau dalam memperjuangkan akidah umat Islam dilihat mendapat sambutan baik oleh masyarakat Melayu Islam.
Lain pula yang berlaku di Beruas Perak. Tetapi ketika itu gua tidak ke sana dan hanya mendapat info dari kenalan yang berada di sana. Gua difahamkan UMNO Beruas telah menjalankan satu ceramah umum yang ingin menampilkan YB Hassan Ali dalam program tersebut. Sebelum program dijalankan, difahamkan UMNO Bahagian sudah mewar-warkan kepada umum yang YB Hassan Ali akan turun ke Beruas untuk menyampaikan ceramah termasuk pada kain rentang yang meletak gambar muka YB Hassan Ali. Pada malam kejadian, hampir 3000 orang yang menunggu ketibaan YB Hassan Ali untuk mendengar ceramah tetapi ianya hanya tinggal harapan apabila pihak pengurusan memberitahu YB Hassan Ali tidak dapat hadir. Kenalan gua memberitahu, yang dia dapat lihat kekecewaan pada wajah orang ramai hinggakan hampir separuh daripada mereka beredar sejurus MC maklumkan perkara tersebut. Hebat betul gelombang YB Hassan Ali ketika ini.

Himpunan Sejuta Umat.
Apa kena mengena ceramah YB Hassan Ali dengan waspada NajibRazak terhadap kuasa ketiga? Mungkin ini hanya pendapat gua yang tidak mahir dengan selok belok dunia politik. Gua masih ingat tentang kuasa ketiga yang YB Hassan Ali wujudkan. Baca sini. YB Hassan Ali dilihat mempunyai kekuatan sendiri dalam mencari sokongan rakyat terutama dikalangan Melayu Islam yang sudah muak dengan politik yang berlaku di Malaysia. Malaysia hari ini harus kita percaya bahawa begitu ramai dikalangan orang yang benci pada PAS, UMNO dan PKR. Mereka ini berpendapat pertubuhan politik adalah satu platform untuk individu memuaskan nafsu mengumpul harta dan mencari kuasa. PAS dilihat begitu buruk apabila bersekongkol dengan DAP, PKR dilihat jijik apabila ketua mereka terlibat dengan masalah seks bebas manakala UMNO dilihat busuk apabila terdapat segelintir daripada mereka yang terlibat dengan masalah korupsi dan DAP pula dilihat satu parti yang rasis kerana suka menghina Melayu dan Islam. Akibat daripada ini, rakyat mula menjauhi diri daripada ambil cakna tentang politik terutama orang Melayu dan jika dilihat pada data terkini orang Melayu jugalah yang malas untuk daftar sebagai pengundi.
Isu Moral Anwar Ibrahim.
Melihat kepada masalah yang dihadapi oleh semua parti yang disebut di atas, YB Hassan Ali individu yang paling bijak dalam survival politik beliau. Gua puji dalam agenda beliau untuk mempertahankan akidah umat Islam, tetapi tidak salah jika menyelam sambil kita minum air. PRU13 mungkin sudah hampir bagi negara Malaysia. Banyak spekulasi berkata bulan April PRU, dan ada juga membuat tekaan bulan Jun adalah waktu terbaik untuk BN pastikan PRU13 mereka menang. Semuanya ini bergantung kepada YAB Najib untuk umumkanya. PAS sudah memecat Hassan Ali dan Hassan Ali juga belum daftar sebagai ahli UMNO yang ada cuma JATI iaitu NGO yang baru beliau tubuhkan. YB Hassan Ali tidak mahu bertanding pada PRU13? Dan jika beliau bertanding apakah tiket yang akan digunakan? Gua pun terus berfikir, adakah YB Hassan Ali punyai strategi yang terbaik menjelang PRU13.
Dalam Dewan Parlimen hari ini, cuba kita kira berapa ramai wakil rakyat yang BEBAS yang mana diantaranya dilihat mempunyai pengaruh yang kuat seperti YB Zulkifli Nordin. Jika dilihat dengan lebih mikro, sebenarnya bukan YB Hassan Ali sahaja yang memiliki kuasa ketiga tetapi ramai lagi individu yang berpengaruh memiliki kuasa ketiga. Realitinya, mereka inilah sebenarnya YAB Datuk Najib perlu berwaspada. Tetapi siapa gua untuk menulis tentang kuasa ketiga ini.
Baiklah... Jika ditakdirkan yang individu yang berpengaruh tersebut bergabung dalam satu badan politik yang baru dan bertanding pada PRU13, mereka ini mempunyai kemampuan yang kuat untuk meraih sokongan rakyat yang benci pada PAS,UMNO,PKR dan DAP. Belum termasuk NGO yang ada hati nak jadi calon. Mereka ini mungkin tidak perlu bertanding banyak kerusi tetapi cukup untuk menafikan hak 2/3 mana-mana kerajaan yang bakal memerintah selepas PRU13. Kerusi parlimen yang akan dipertandingkan pada PRU13 adalah 222 kerusi. Andai kata ketika itu BN menang 110 kerusi dan PR menang 80 kerusi manakala kuasa ketiga menang 32 kerusi, apakah yang akan berlaku? Dilihat pada angka BN akan terus memerintah namun keadaan BN amatlah perit kerana terpaksa berhadapan dengan 80 pembangkang. Tetapi BN harus ingat, jika ditakdirkan kuasa ketiga itu mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi pemimpin negara mereka sudah pasti punyai kemampuan walaupun hanya menang 32 kerusi. Kuasa ketiga ini mungkin boleh berbisik dengan juak PR "jika kamu nak sokongan 32 kerusi dari kami, kamu kena pastikan dikalangan kami ini menjadi PM" 32 plus 80 menjadi jumlah 112 kerusi. PR boleh menjadi kerajaan dengan hanya kelebihan 2 kerusi selepas medapat sokongan kuasa ketiga. Begitulah juga mungkin berlaku sebaliknya jika BN ingin terus memerintah.
Tetapi ini hanyalah pengamatan gua sebagai blogger murahan yang mentah tentang dunia politik Malaysia. Apapun dalam politik sekali lagi gua cakap, segala kemungkinan boleh berlaku sebab ini soal kuasa, wang dan dunia. Tetapi jika demi pertahankan Agama Bagsa dan Tanahair, Gua akan menyokong penuh parti politik tersebut. Jangan kita terlalu teruja dengan politikus BEBAS yang sedikit pro BN.

-Gua Tetap Menyokong UMNO-
2 comments:
Artikel menarik tokguru. YB PM mesti bijak dalam menentukan kuasa politik terus kekal menjadi milik UMNO/BN. Masih ramai pejuang UMNO yang sejati. Mereka yang tidak pernah jemu dengan UMNO walaupun UMNO jatuh mahupun bangun. Waktu UMNO susah masih ramai yang tidak keluar dari perjuangan parti. Mereka ini setia dengan parti. Tahniah tokguru.
Terima kasih anon 12:46. Benar... Dalam UMNO masih wujud real warrior. Mereka yang selama ini pertahankan UMNO. kenapa perlu disanjung orang yang pernah lari pada UMNO tetapi bila dah susah kembali merintih kepada UMNO. YAB Najib mesti berlaku adil dan bijak.
Post a Comment