About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, January 27, 2012

KEJAM PESANAN @chedet_cc TERHADAP ADAM ADLI.

Jasamu dikenang.


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di Alor Setar hari ini.

Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.

"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.

Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering te
rlibat dengan demonstrasi membantah AUKU adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.

"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menj
aga diri," katanya.

- Bernama


Siswa Bodoh.

Pesanan Tun M bukan hanya kepada Adam Adli yang bebal, tetapi ianya dituju kepada semua mahasiswa yang ada pada hari ini. IPT bukan pentas untuk kita berpolitik sebaliknya ianya merupakan lubuk tempat kita mencari ilmu. Tindakan Adam Adli yang menyalahgunakan IPT sebagai tempat berpolitik dilihat satu perkara yang amat bodoh dan bahlul sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa. Mak bapak habiskan duit untuk hantar anak-anak ke IPT tetapi anak-anak kerja jadi monkey jalanan. Shitt!! Ini semua angkara Anwar Ibrahim yang ketandusan penyokong dikalangan orang dewasa sehingga menjadikan mahasiswa sebagai mangsa seterusnya. Mangsa seks? itu malas gua nak komen.

No comments: