About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Sunday, December 4, 2011

GEMPAK!! ARTIS BAKAL SERTAI UMNO.


Aktor dan pengarah Azma Aizal Yusoof, 30, yang dikenali sebagai Isma Yusoof suatu ketika dahulu seorang yang mempunyai bakat cukup besar dalam dunia seni. Pernah dianugerahkan Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2010 menjadikan beliau semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan seni di tanahair tercinta.

Beliau juga merupakan pengarah drama bersiri Merah Puteh, beliau juga telah diberi kepercayaan oleh pelakon dan penerbit filem Dilarang Masuk (DM) iaitu Esma Daniel untuk membintangi filem itu.

Mungkin ramai pengemar muzik diluar sana selalu mendengar lagu berjudul "Jangan Lupa Namaku" yang dinyanyikan oleh Pompa Bensin. Azma Aizal adalah salah seorang vokalis dalam Pompa Bensin. Layan lagu mereka disini. Lagu ini antara yang menjadi Top Ranking di corong radio tempatan sekarang.



SELESAI BAB KARIER ARTIS INI. KENAPA TOKGURU86 NAK SANGAT BERCERITA PASAL AZMA AIZAL YUSOOF?

Hari ini amatlah bertuah apabila Tok dapat bertemu dengan beliau tanpa dirancang. Sehari suntuk kami duduk bersembang di kopitiam. Kenapa dia begitu senang nak berbual dengan Tok? hehehe. Sebenarnya kami ni kenalan yang rapat sangat dari dulu. Tetapi disebabkan masing-masing sibuk dengan kerjaya, maka payahlah kami nak berjumpa.

Banyak juga kami bersembang, dari cerita sejarah lama sehinggalah masuk bab politik tanahair. Beliau bukanya banyak tahu tentang politik negara Malaysia hari ini, tetapi masih lagi ada keinginan untuk mengambil tahu sebab beliau juga ANAK MALAYSIA. Apa komen beliau tentang ahli politik di Malaysia?

Beliau kata, kenapa banyak hari ini ramai sangat orang politik yang suka sangat menghukum orang lain tanpa asas? Siapa yang beliau maksudkan Tok tidak pulak nak tanya. Tetapi Tok dapat agak ler, sekarang kalau dalam ceramah PAS soal jatuhkan hukuman pada musuh politik macam makan kacang jer. Pemimpin PAS pernah hukum orang UMNO kafir. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh beliau. hehehehe. STEADY!

Azma amat memuji dengan kepimpinan YAB Dato' Seri Najib yang tidak pernah untuk melatah walaupun banyak tomahan dan fitnah yang telah direka oleh pihak pembangkang akhir akhir ini. Inilah seorang pemimpin yang bijak katanya.



Panjang punya bersembang, Tok bertanya pada Azma ni, tidak ada rasa nak join UMNO ker? beliau gelak. kakakakaka. Katanya Zack Zaidi sudah beberapa kali mangajak beliau untuk sertai UMNO, tetapi ketika itu beliau tidak tahu apa asasnya untuk beliau sertai UMNO? Setelah bersembang dengan Tok, baru dia tahu sedikit sebanyak, bahawa UMNO adalah tunjang untuk menggalas agenda Melayu dan Bumiputera. Ini dilihat satu langkah yang murni tetapi mesti niat kerana Allah. Ini bagusnya Azma. Beliau kata jika beliau sertai UMNO adalah kerana Allah demi perjuangkan nasib anak bangsa dan negara.

Tetapi satu kerugian besar apabila Tok tidak bawa borang keahlian UMNO masa bertemu Azma petang tadi. Beliau sudah bersedia untuk sertai UMNO, tetapi bukan untuk dibawa ke sana sini sebagai penceramah bebas la. Hehehehe. Zack Zaidi tolong buat tindakan susulun untuk daftarkan Azma Aizal Yusoof sebagai ahli UMNO cawangan anda.

Selepas Lisa Surihani, Aznil Haji Nawawi turut hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011. Mungkin perhimpunan yang akan datang lebih ramai artis tempatan yang bakal sertai UMNO. Kalau boleh dikalangan perwakilan atau pembahas usul ada wakil suara anak seni suatu hari nanti.



p/s: Mereka ini bukan sertai UMNO untuk cari makan macam Bob Lokman join PAS OK!

No comments: