About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Tuesday, November 9, 2010

Pandangan Politik Zaid Ibrahim dan PRK

Benarkah perletakkan jawatan penting dan keputusan menarik diri daripada bertanding Timbalan Presiden PKR satu tindakan ikhlas Raja Arak (Zaid Ibrahim) atau ianya hanya sandiwara PKR untuk mengaburi kepimpinan tertinggi kerajaan. Tok lebih suka melihat perkara yang mungkin tersurat untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan mainan politik pihak pembangkang.

Bermula dengan PRK Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi, ianya memperlihatkan jumlah undi dari kaum Cina semakin meningkat. Tok masih ragu dengan keputusan tersebut. Adakah ini rancangan mereka untuk meyakinkan kerajaan BN sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk PRU 13. BN dilihat telah berjaya mengembalikan kepercayaan orang Cina yang sebelum ini lebih memihak kepada Pakatan Pembangkang supaya menyokong kerajaan BN. Tetapi adakah pada PRU 13 mereka sekali lagi akan mengundi BN? Kemudian Malaysia terus digemparkan dengan perletakan jawatan dan tarik diri daripada bertanding Timbalan Presiden PKR oleh Zaid Ibrahim. Semua rakyat termasuk kepimpinan BN melihat PKR semakin bercelaru. Benarkah PKR benar-benar porak peranda atau kecelaruan tersebut sengaja dicipta oleh pelakon handalan Anwar Ibrahim? Ini harus kita perhatikan secara minda politik oleh kita semua. Walaubagaimanapun pesanan tok buat semua, kemenangan Galas dan Batu Sapi bukanlah kayu pengukur yang terbaik. Tetapi jika Galas dan Batu Sapi BN kalah, itu adalah petanda yang terbaik BN akan kalah PRU 13. Salam.

No comments: