About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Friday, November 26, 2010

KEMPEN KELUAR PKR




Salam perjuangan buat sahabat handai yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam memperjuangkan nasib rakyat di bumi bertuah Malaysia tercinta. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kepada Illahi kerana Tok masih lagi diberi kesihatan yang sempurna sepanjang cuti untuk menikmati Aidiladha baru-baru ini. Tok mendoakan agar ibadah korban yang telah Tok laksanakan diterima oleh Allah S.W.T. Tok juga mendoakan agar di bulan yang mulia ini dapat membuka dan menerangkan hati insan-insan yang semakin tertupup akibat mengejar nafsu syaitan. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka ini agar kembali ke jalan yang sebenar-benarnya untuk berjuang.

Yunus Jamhari berbaju kemeja hitam



2 hari lepas, Tok telah mendapat satu khabar berita berkenaan perletakkan jawatan sebagai Ketua AMK Negeri Perak oleh seorang ADUN Kuala Kurau yang bernama Yunus Jamhari. Yunus Jamhari dikatakan mempunyai hubungan yang begitu intim dengan Zaid Ibrahim yang telah keluar daripada PKR baru-baru ini. Mungkinkah perletakan jawatan sebagai Ketua AMK negeri Perak oleh Yunus Jamhari kesinambungan daripada pengumuman keluar PKR oleh Zaid Ibrahim. Difahamkan bahawa perletakan jawatan Yunus Jamhari sebagai Ketua AMK Perak akan berkuatkuasa pada 1/12/2010. Walaubagaimanapun, tok sentiasa berharap bahawa tindakan Yunus Jamhari tersebut adalah langkah terbaik yang diambil beliau setelah mendapati PKR semakin menghampiri ambang kemusnahan. Buktinya, pembaca boleh melihat sendiri salinan surat yang telah tok perolehi daripada seorang sahabat yang turut membantu tok dalam menyebarkan maklumat. Setinggi-tinggi terima kasih tok ucapkan buat sahabat tersebut.




p/s: PKR diambang pergolakan yang akan membawa kepada kehancuran

2 comments:

d said...

JUTAAN TERIMA KASIH kerana mengunjungi blog saya..

Saya tlhpun linkkan blog anda dalam blog pilihan di blog saya...

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Gerakan Timur said...

Salam Ziarah,

Terima kasih kerana ziarah blog GT. GT telah link dan follow blog saudara.

Salam Perjuangan dari Gerakan Timur