About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, October 7, 2010

Rahimi Osman di Paksa Anwar Ibrahim


Semalam, seluruh Malaysia mendapat berita tergempar melibatkan kes liwat Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari. Kes ini menjadi semakin hangat apabila bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim iaitu Rahimi Osman telah membuat satu laporan Polis di IPD Klang. Kandungan laporan polis tersebut dikatakan Rahimi Osman telah dipaksa oleh Anwar Ibrahim supaya menandatangani dua pucuk surat akuan sumpah yang diubah kandunganya untuk menfitnah Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dalam kes liwat Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari.

"Disebabkan akuan bersumpah itu tidak benar, saya sekarang ingin menceritakan perkara yang sebenarnya, maka saya telah membuat satu akuan bersumpah yang baru hari ini yang mengandungi cerita benar," laporan polis Rahimi dipetik.

Menurut laporan polis Rahimi semalam, akuan bersumpah pertama ditandatangani pada 28 Jun 2008 di Hotel Quality, Shah Alam dan yang kedua ditandatangani beberapa hari kemudiannya di Petaling Jaya. Rahimi Osman dalam keadaan takut dan bimbang kerana hotel tersebut di kawal oleh pencacai Anwar maka beliau terpaksa menandatangani surat akuan sumpah tersebut.

Semalam, Rahimi Osman telah menyusun satu sidang akhbar bertempat di Restoran Lotus Klang bagi mendedahkan perkara sebenar kepada wartawan. Walaubagaimanapun, sidang akhbar tersebut terpaksa dibatalkan kerana sekumpulan India upahan PKR telah membuat kekecohan di restoran tersebut.

Kak Wan, kami masih menanti jawapan daripada mulut Kak Wan sendiri tentang perangai buruk suami Kak Wan. Tidak ada guna Kak Wan menyimpan rahsia ini lagi. Kami tahu Kak Wan sekeluarga menanggung deritanya.

No comments: