Assalamualaikum w.b.t
Dikesempatan ini, tok ingin mengucapkan selamat menyambut Idulfitri yang bakal menjelang tiba kepada seluruh ummat Islam samada yang berada di Malaysia atau di perantauan.
Tok menulis ni sekadar ingin mengenangkan nasib wira setahun PKR Hulu Selangor iaitu Datuk Mohd Zaid Ibrahim. Tatkala masyarakat Islam lain sedang bergembira menyambut Ramadhan serta menanti Syawal yang bakal tiba, tetapi beliau begitu sedih mengenang nasib yang porak peranda dalam bidang politik. Kenapa perkara begini boleh berlaku? Tok sudah lama menjangkakan yang Anwar akan berjaya menghapuskan karier politik Zaid suatu hari nanti. Mungkin ada kesumat yang begitu lama Anwar terhadap Zaid. Nasib Zaid tidak ubah sepertimana nasib Tun Ghafar yang telah ditumbangkan oleh Anwar sewaktu dalam UMNO. Nasiblah Zaid, untuk lain kali biar pandai memilih kawan. Jangan pilih yang luar biasa dan main belakang. Sebab kawan yang macam ni akan menikam kita dari belakang.
"Setahun dahulu saya digelarkan sebagai wira, tetapi sekarang saya digelarkan sebagai perosak dalam PKR" luahan hati Zaid kepada pemberita. Dahulu sebab Anwar nak guna kamu jer Zaid. Sebab setahun dahulu mungkin political milage kamu cukup baik untuk memancing kepercayaan rakyat supaya menyokong Anwar. Sekarang bila kamu gagal dalam memberi kerusi parlimen Hulu Selangor, habuk pon kamu tidak berguna untuk PKR.
Hebat permainan politik Anwar Ibrahim dalam menjatuhkan kawan dalam sekam. Buat Zaid, jangan kamu mengharap lagi pada PKR. UMNO pun tidak akan buka pintu buat kamu lagi. Tok nasihatkan supaya lupakan sahaja karier politik kamu dan kembali kepada zaman kegemilangan hiburan kamu. Sekian.

No comments:
Post a Comment