Salam perpaduan dari tok buat semua kalian di bumi bertuah Malaysia yang sentiasa dilindungi oleh Allh S.W.T. Tok mendoakan agar bumi Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat dari-Nya yang maha pemurah lagi maha penyayang. Sudah lama bercuti untuk menulis hari ini tok kembali di depan monitor dan jari kembali menekan untuk berkongsi pandangan dan sedikit fakta dengan kalian semua.
Semalam merupakan hari yang sangat malang kepada negeri Kelantan yang selama ini dikuasai oleh pucuk pimpinan PAS yang selama ini memperjuangkan Islam tetapi bukan pada landasan yang benar. Selepas kerajaan pusat mengumumkan pemberian wang ehsan hasil dari sumber yang dianugerahkan dari Allah, selang beberapa hari Kelantan telah mengalami banjir di beberapa kawasan. Kemudian disusuli dengan kekalahan bola sepak 1-3 kepada Negeri Sembilan dan beberapa insiden yang menyedihkan berlaku di Stadium Bukit Jalil apabila sesetengah penyokong bola sepak Kelantan bertindak agresif dengan membakar kerusi stadium. Adakah ini balasan kepada negeri yang tidak bersyukur akan wang ehsan yang bakal diperolehi. Tetapi apapun Tahniah buat pemain Kelantan dibawah pengelolaan Tan Sri Anuar kerana berjuang habis-habisan.
Semalam juga tok terkejut dengan kenyataan Presiden PAS Hadi yang mengatakan pintu perpaduan ditutup antara PAS dan UMNO. Dahulu Nik Ajis menyatakan perpaduan dengan UMNO merupakan satu nikmat. Keterangan penganalisis politik mengatakan ramai dikalangan pengundi muda pada hari ini sudah hilang kepercayaan terhadap pimpinan PAS. Pas juga dikatakan tidak sepatutnya menyertai Pakatan Pembangkang jika ingin meneruskan perjuangan. Pas dikatakan harus berdiri sendiri untuk menarik kembali kepercayaan pengundi-pengundi muda. Namun soal disini, mampu atau tidak PAS berjuang tanpa dibantu oelh PKR dan DAP? Adakah kerjasama PAS bersama DAP dan PKR agama Islam semakin dihormati oleh agama lain?
Tok mengajak kalian semua untuk renungkan perkara ini..... Salam