About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, November 3, 2008

ZAID SUDAH KETERLALUAN


Kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim yang mempertikaikan Ketuanan Melayu amat keterlaluan ketika berucap di Persidangan LawAsia 2008 di Kuala Lumpur pada 31 Oktober yang lepas.
Datuk Zaid Ibrahim telah mendakwa bahawa konsep Ketuanan Melayu sebagai satu kegagalan yang membawa keburukan kepada Melayu bahkan menurutnya lagi konsep Ketuanan Melayu menyebabkan pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Tidakkah Datuk Zaid sedar bahawa beliau juga merupakan orang Melayu? Hasil daripada Ketuanan Melayu dapat melahirkan diri beliau sebagai seorang peguam Melayu, yang akhirnya menceburi bidang politik dan dapat menjawat jawatan sebagai seorang menteri.
Kiranya nama beliau tiada bin di tengah, dapatkah beliau menikmati keistimewaan ini?
Umpama kacang lupakan kulit, tindakan Zaid ini seolah-olah satu tindakan bodoh semata-mata untuk menarik simpati rakyat serta menutup kelemahannya selepas tidak dipilih menjadi Ketua Bahagian Kota Bharu.
Semata-mata kerana tidak dapat menjadi Ketua Bahagian, Zaid sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup aib yang menimpa dirinya.
Seorang Senator dan mempunyai jawatan Menteri tidak dipilih sebagai Ketua Bahagian.
Bagi menutup malunya, mula-mula beliau telah mengkritik kerajaan yang membelanya dari kecil lagi tentang perlaksanaan ISA sehingga beliau bermain wayang dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan ISA.


Khabar yang terkini yang kencang berbicara menyatakan Zaid juga meletakkan jawatan sebagai Senator. Sehingga ke hari ini masih belum kedengaran ucapan maaf yang terpancar dari mulut Zaid, adakan beliau tetap berpegang teguh dengan kenyataannya dan menganggap Ketuanan Melayu sebagai membazir.
Sepatutnya Zaid patut tukar istilah bin yang berada di tengah-tengah namanya dan digantikan dengan anak lelaki. Yeee bunyinya agak keras tapi kita perlu sedar bahawa orang Melayu sendiri sudah mula mempertikaikan Ketuanan Melayu.
Tak kira la samaada kita ini Melayu Kelantan ke, Melayu Jawa ke, Melayu Mamak ke, pokoknya yang jelas Melayu itu tetap Melayu dan sudah semestinya Melayu mesti membela Ketuanan Melayu.

1 comment:

Cheguman said...

Tok Limbong, bagi alamat email tuan. Hantar ke cheguman@yahoo.com