About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Saturday, November 1, 2008

LAMA MENGHILANG !!!

(Kosovo, bumi yang dihalang kemerdekaan)
Salam dan selamat kembali.
Setelah agak lama tok limbong menyepi, kini tok kembali utk menghiasi ruangan yang telah lama ditinggalkan kesepian.
Pada kali ini tok tertarik utk membicarakan isu global, sebelum ini kita dibelenggu dengan pelbagai isu domestik.
Kosovo, merupakan bumi yang dijajah Serbia. Namun pada 17 Februari 2008 Kosovo telah mengisytiharkan kemerdekaannya dari Serbia.
Serbia membantah keras kemerdekaan ini, tetapi Malaysia telah mengiktiraf kemerdekaan Kosovo.
Pada hari ini, Kementerian Luar Serbia telah mengusir Duta Malaysia, Saw Chin Hong. Sebelum ini Duta Montenegro dan Macedonia juga telah diusir kerana faktor yang sama.
Sehingga kini, 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan banyak negara Eropah lain mengiktiraf Kosovo yang mempunyai 2.1 juta penduduk.
Mengapa Duta Malaysia menjadi mangsa? Adakan kerana ada agenda lain di sebalik pengusiran ini? Mungkin negara kita dilihat sebagai sebuah negara yang berkeupayaan untuk menjadi negara pelindung bagi negara-negara yang teraniaya.
Mengapa harus mengusir dan tidak mengenakan hukuman Persona Non Grata?
Kita dapat lihat pada hari ini dunia luar semakin berusaha untuk menindas negara kita kerana negara kita berpotensi menjadi kuasa Islam yang terkemuka.
Justeru itu mengapa perkara ini tidak dibincangkan di Parlimen. Mengapa ahli Parlimen sekarang hanya sibuk membicarakan isu-isu yang remeh-temeh semata-mata untuk mengejar kerusi no.1? Lu pikir la sendiri.

No comments: