About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Thursday, August 14, 2008

Selamatkan UiTM

UiTM hanya untuk Melayu dan Bumiputera

Sesudah merestui projek Mega penternakkan babi, MB Selangor iaitu Abdul Khalid a/l Ibrahim mencipta kontroversi lagi abila menyarankan supaya 10 peratus kuota kemasukan pelajar ke UiTM, diperuntukkan kepada pelajar bukan bumiputera.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, ia bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.
Saranan beliau itu telah mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pelajar UiTM yang telah berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.
Yang terkini pula para pelajar UiTM Merbok, Kedah telah berarak dan menyerahkan memorandum kepada pihak pentadbiran bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Khalid Ibrahim.
Selain itu beberapa badan NGO seperti GPMS, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Persatuan Kebajikan Dakwah dan Islamiyah Malaysia (Pekida) dan Alumni Kelab Umno dan beberapa lagi akan berkumpul di hadapan Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah kenyataan Khalid dan memorandum tersebut ingin diserahkan kepada DYMM SPBA Tuanku Mizan yang juga merupakan Canselor UiTM.
Namun begitu Khalid Ibrahim enggan memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya itu. Melayu apakah ini? Mengapa Penasihat PKR tidak memberi sebarang ulasan atau komen tetang tindakan yang dibuat oleh anak buahnya ini?
Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku..
.


No comments: