About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Wednesday, July 30, 2008

Laporan Pusrawi Boleh Bunuh Kredibiliti Anwar.

Sumber laporan

1. Sumber yang menerbitkan laporan itu bermula dari Raja Petra Raja Kamaruddin, pemilik laman Malaysia-Today. Kemudian Anwar adakan sidang media mengedar laporan Hospital Pusrawi kepada media untuk mengesahkan dirinya bukan peliwat.

2. Ini akan mengesahkan Raja Petra dan Malaysia-Today merupakan instrumen paling penting sebagai 'lidah Anwar' untuk menyebarkan propanganda di internet serta membela apa-apa isu berkaitan Anwar. Kaitan Anwar dan Raja Petra semakin jelas. Ketika Anwar di penjara- Raja Petra tubuh laman Free Anwar Campaign (FAC) dari tahun 2001-2004 untuk bebaskan Anwar. Ketika Anwar bebas penjara, Raja Petra tubuh Malaysia-Today untuk kempen Anwar jadi PM.

3. Ketika Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS keluarkan kenyataan tidak menyebelahi Anwar tentang isu liwat, Raja Petra dan Malaysia-Today serang pula Presiden serta PAS.

Kandungan Laporan Pusrawi

1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.2. Maksud tulisan dalam laporan itu :
a) Kependekan F/T bermaksud full time.
b) Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
c) pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related -
pathogenesis ialah permulaan jangkitan
d) pain in the anus when passing motion (for a week)
e) pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus
f) willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada. Ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.


Laporan Hospital Pusrawi vs Hospital Kuala Lumpur

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?


Kenapa laporan Hospital Pusrawi diterbitkan sekarang ?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah. Klik di sini.

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis ? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur.7. Bak kata Ibrahim Ali, makin Anwar curiga pada semua (mufti, doktor, hakim, polis), makin terserlah Anwar bersalah. Makin didedahkan semua ini, semakin ramai yang mula mencurigai Anwar.

Dipetik dari http://anginperubahan.blogspot.com/

Sumber Artikel asal dari http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

.
.
.

No comments: