About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, April 21, 2008

Mana satu yang betul nie???

"beliau bersetuju dengan pandangan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya UMNO dan PAS bermuafakat mencari jalan untuk masa depan orang Melayu sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media utama negara." (Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam Buletin Online bertarikh 21 April 2008)

Aku juga bersetuju jika kedua-dua parti ini duduk berbincang hala tuju bangsa Melayu. UMNO dengan imej Melayunya manakala PAS dengan imej Islamnya. Bukan kah ianya satu matlamat yang sama!
Kalau bukan Melayu yang akan memperjuangkan Islam, siapa lagi!!!

AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan, usaha membantu Umno untuk memperbetulkan kesilapan parti itu dalam soal ketuanan Melayu bagaikan 'melepaskan anjing tersepit'.
Katanya, beliau menyokong penuh penegasan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa semalam, bahawa PAS tidak mahu terperangkap dalam isu tersebut, yang disifatkan sebagai membuang masa.

(Harakah Daily, 19 April 2008)

Pening juga aku memikirkan perbezaan pendapat antara pemimpin-pemimpin PAS nie. Takkan kut Naib Presiden dengan AJK berani lawan Presiden yang bergelar 'Tok Guru'.

Adakah parti ini sendiri berada dalam dilema atau kepimpinan 'Tok Guru' cuba diambil alih? Kalau la parti ini berada dalam keadaan tenteram, takkan anak-anak buah berani mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan 'Presiden'.

Makin difikir makin pening jadinya....

Aku tak kisah la kalau parti ini nk kucar kacir pun tapi kalau dah masuk bab untuk memartabatkan Ketuanan Melayu, takkan ahli sendiri pun tak boleh nak bersatu? Inikan pulak nak bersatu dengan ahli parti lain.

Buangkanla sifat ego tu, kita ni sama-sama Melayu. Sanggup kah kita lihat selepas ni pemimpin negara kita bukan lagi datang dari bangsa kita?

Ayuh, kita nyahkan sifat ego yang ada pada diri kita. Kita kembalikan semula kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kita sudah tiada masa, majulah dengan maha perkasa.

No comments: