Sampai ke manakah "bangsa" ini ingin diperjuangkan? kalau sekadar di dunia sahaja dan tidak boleh dibawa ke akhirat, tak guna kita kalut-kalut memperkatakannya. Di sini ingin ku lontarkan pertanyaan, "kalau saban waktu kita memperkatakan mengenai bangsa "MELAYU", sekarang ini siapakah MELAYU itu???
Adakah MELAYU itu leka dengan angan-angan menduduki kerusi Perdana Menteri?
(Redhakah kita jika PM Malaysia mendatang merupakan tali barut Yahudi?)
Adakah MELAYU itu sedang asyik mengira keuntungan ladang b*b* yang luas tidak terkira?
(Gembirakah kita jika Malaysia menjadi negara penternak b*b* terbesar di dunia?)
Adakah MELAYU yang memperjuangkan Islam sebagai retorik politiknya?
(Sanggupkah kita menjual agama semata-mata ingin memegang title YB?)
Cuma kalau nak lagi menggunakan istilah MELAYU ini, pelbagai bentuk kriteria saintifik, budaya dan sebagainya telah direka-rekakan bagi menunjukkan dan mengukuhkan status MELAYU itu.Sedarlah wahai pemimpin yang teras perjuangan mereka atas nama Islam. Marilah balik ke pangkal jalan, kerana asas perjuangan kalian semua telah disusun atur dengan begitu licin danlicik oleh Yahudi/ Kristian walaupun telah 51 tahun kita merdeka. Akhirnya saya ingin mengesyorkan supaya semua kita yang telah, sedang dan akan meneruskan perjuangan atas nama Islam supaya segera bertaubat dan mohonlah keampunan kepada ALLAH S.W.T. Justeru itu marilah sama-sama kita memulakan lembaran, utuhkan kembali ketuanan MELAYU..
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment