About Me

My photo
BUNUH POLITIK JAHAT ANWAR

KAMI SEDIA MEMBANTU

Jika ada sebarang berita atau sebarang maklumat yang ingin diketengahkan boleh dihantar ke email infotokguru@gmail.com



Monday, September 10, 2012

Bas #MalapetakaRakyat Khas Untuk Anwar. Rakyat Naik Bas Buruk.


Jangan biarkan bas ini berlegar di kawasan kita. Pastinya kehadiran bas malapetaka rakyat ini buat semak jer dalam kawasan kita. Egonya Anwar Ibrahim bila demand bas yang begitu mewah semata-mata nak bawa dia jelajah dan tabur fitnah ke seluruh negara.

Thursday, September 6, 2012

Gempar!! Nurul Syuhada Nurul Ain, Pengacara #TV3 Letak Jawatan Mengejut!!




Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan. Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini. “Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif. Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat. Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku. Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama. Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan

sumber: 1Malaysia blog

#Jemaah69 #malaysia Mohon Bantuan Blogger Dan Facebooker Yang Sayangkan Negara Untuk Sebarkan!!

“HUBBUL WATHAN MINAL IMAN”


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t.

“Hubbul Wathan Minal Iman” membawa pengertian, cintakan tanahair sebahagian daripada iman. Pastinya ini menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah di muka bumi untuk menjaga serta mengharmonikan bumi Allah Malaysia yang tercinta ini. 446 tahun usia tanah Melayu pernah dijajah serta insiden pahit 13 Mei 1969 iaitu pergaduhan kaum yang membunuh banyak nyawa biarkanlah ianya berlalu begitu sahaja. Jangan sesekali ada cubaan dari kita untuk mengulanginya hanya kerana fahaman politik yang sempit.

Tanggal 31 Ogos 2012, Malaysia sekali lagi menyambut hari kemerdekaan Negara yang ke 55 tahun. Sambutan tersebut bagi menceritakan kepada generasi baru bahawa kita suatu ketika dahulu pernah menjadi hamba abdi kepada kuasa besar seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Sambutan kemerdekaan yang ke 55 tahun tersebut sepatutnya perlu berlaku dalam keadaan manusia mensyukuri nikmat kemerdekaan yang Allah berikan kepada Malaysia.

“JANJI BERSIH” adalah agenda suatu pihak yang menentang kerajaan menyambut hari kemerdekaan dengan cara mereka sendiri. Mengenakan baju yang berwarna kuning serta berarak dan berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam 30 Ogos bagi menantikan detik jam 12.00 malam. Mereka bersorak bagaikan manusia yang hilang akal. Sekali sekala terdengar suara sumbang dari kalangan mereka yang mengutuk serta mencaci pihak berkuasa yang menjaga kawalan keselamatan di sekitarnya. Mungkin ini cara mereka sayangkan bumi Malaysia yang bebas dari penjajah. Tetapi amat memalukan kita sebagai manusia yang berakal.

Tidak cukup dengan mencaci pihak keselamatan, mereka juga memijak serta meletak gambar Najib Razak dibawah bontot sambil menanggalkan seluar yang dipakai. Jemaah 69 tidak taksub kepada Najib, tetapi tidak salah kita menghormati Najib Razak sebagai manusia yang juga khalifah Allah seperti kita jua. Nilai murni tidak lagi ada dalam diri pengikut “JANJI BERSIH” pada malam tersebut.

Jemaah 69 juga bimbang keadaan sesetengah pemimpin politik yang berfahaman sekular. Mereka seolah-olah menyokong penuh tindakan pengikut “JANJI BERSIH” yang ingin menukar jalur gemilang kepada Sang Saka Malaysia. Reka bentuk bendera yang mengikut contoh Indonesia dan Singapura dikibarkan oleh mereka sewaktu perarakan “JANJI BERSIH” malam ambang merdeka 55 tahun di Dataran Merdeka. Mereka ini mula rakus dalam berpolitik hingga lahir kesanggupan menukar bendera Malaysia dari Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya. Perbuatan mereka ini Jemaah 69 anggap sebagai tindakan yang mengancam keselamatan Negara Malaysia.

Ratusan laporan polis telah dibuat oleh ramai pihak bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kepada individu yang memijak gambar Najib Razak serta ingin menukar Jalur Gemilang. Namun Jemaah 69 melihat KDN amat berhati-hati dalam mengambil tindakan. Jemaah 69  tidak menunding jari kepada KDN, kerana mungkin mereka tersepit dengan keadaan situasi gerakan fahaman sekular dan liberal mula tersebar di Malaysia. KDN mungkin bimbang insiden yang lagi teruk akan berlaku jika tindakan keras diambil terhadap mereka ini, pada hemat Jemaah 69.

Justeru, Jemaah 69 ingin mengajak pembaca semua, sempena Hari Malaysia yang bakal kita sambut pada 16 September ini, ayuh bersama-sama... kita nyalakan lampu kenderaan pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang pada tarikh tersebut sebagai tanda kita menolak tindakan pihak “JANJI BERSIH” yang memijak gambar Najib Razak serta ingin menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaysia. Mungkin kita tidak terdaya ingin menjatuhkan hukuman pada individu yang biadap tersebut atas faktor menghormati undang-undang negara, tetapi paling tidak nyalaan lampu pada waktu tersebut memberi gambaran jelas dan amaran kepada mereka yang tidak bertanggungjawab bahawa, masih ramai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air bergelar Malaysia. Mohon untuk sebarkan kepada sahabat berdekatan anda maklumat ini. “Hubbul Wathan Minal Iman”

-Jemaah 69 Sayang Keamanan Bumi Allah Malaysia-

sila copy & paste

Wednesday, September 5, 2012

Tahniah!! Ahli Sukan Tersohor Malaysia Sertai #UMNO Segambut!


UMNO Sememangya parti yang paling relevan untuk masa kini. Inilah bukti transformasi politik yang dilakukan oleh YAB PM semakin berjaya. Mudah-mudahan ahli sukan ini tidak berkelakuan seperti Abby Ababi. Sekian terima kasih.

Monday, September 3, 2012

SmS rakan @tokguru86 Pasal Anwar Ibrahim!!!

Anwar Pertahan Kibaran Sang Saka Malaya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

Katanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.

“Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara,” katanya.

Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.

Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh.

Sumber malaysiakini..

Cilako!!!!

Cnfom nk buat republik.. Masa baca rukun negara pun x angkat tangan.. Confom nate anjing babi ni dh ada gerakkan dalamam yg sedang membantu dia menuju putrajaya..

Sunday, September 2, 2012

Wanted!!! Mohon Sebarkan!! Anak Muda Yang Sakai!!


Sah!! Nik Aziz berjaya mendidik anak muda hari ini ke arah yang lebih tidak bertamadun. Asuhan Anwar membawa perubahan yang begitu besar supaya anak muda lebih ekstrim.

Saturday, September 1, 2012

Apex #TRW Tayang Wajah Awek Baru Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri.


Dua Pemain Bola Sepak Terengganu Kantoi Bawa Awek Masuk Bilik Hotel.

DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.


Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.

“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.

“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.

– Kosmo Online