About Me
Monday, May 28, 2012
Projek Lebuhraya Rakyat Kelantan. Rakyat Kena Bayar.
![]() |
| Derma Untuk Projek Lebuhraya |
Lebuhraya KL ke Kelantan adalah perkara yang lama dinantikan oleh rakyat Kelantan khasnya. Tetapi apakah benar projek yang Husam dan Kroni ini untuk menjaga kebajikan rakyat? Kenapa perlu minta duit rakyat untuk buat lebuhraya? Pelik serta ajaib. Setelah 22 tahun PAS memerintah Kelantan, kenapa projek ini baru di umum bila menjelang PRU13?
![]() |
| Tiada Sambutan Sekitar Pelancaran Projek |
Gua masih ingat pada peringkat awal pemerintahan BN yang ingin memperkenalkan sistem lebuh raya di Malaysia. PAS antara yang menentang kuat projek tersebut. Kononya projek ini adalah satu pembaziran duit negara. Kenapa perlu ada lebuhraya sedangkan sudah ada jalan untuk bergerak. Mungkin melihat banyak nikmat diperolehi rakyat hasil pembinaan lebuhraya oleh kerajaan BN, kini PAS pula menjilat ludah sendiri. Apakah ini bukan pembaziran?
![]() |
| Terus Minta Derma |
Rakyat bayar cukai kepada kerajaan negeri. Selama 22 Tahun kerajaan negeri kutip duit rakyat Kelantan, kenapa masih minta derma untuk projek lebuhraya ini? Betulkah duit ini untuk projek lebuhraya atau ianya akan masuk tabung parti PAS yang akan digunakan untuk kempen pilihanraya.
Jika projek lebuhraya ini BN yang buat, dan BN juga minta derma daripada rakyat, mungkin BN akan dihentam oleh PAS habis-habisan. Cukuplah PAS menipu rakyat Kelantan.
psssttt... Gua dengar ini projek Husam Musa?.. Kaya la...
#HBN2012. Keluarga Mangsa Redha, Juak Pembangkang Meroyan Jadikan Isu.
PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik kini berada di Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi.
Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu.
![]() |
| Keperihatinan Seorang Menteri |
Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan.
Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.
Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan.
Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.
![]() |
| Keadaan Mangsa Drag |
Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut.
Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu.
Wajah Anwar Yang Paling Teruk Bagi Tahun 2012
Sunday, May 27, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)








