Macam2 spekulasi liar dan jahat termasuklah cerita2 karut marut berlegar di laman sosial. Antaranya termasuklah posting2 bodoh dari pimpinan parti dan individu yang tidak bertanggungjawab. Disarankan pihak berkuasa mengambil tindakkan tegas kepada individu atau parti ini kerana ianya menimbulkan persepsi negatif terhadap suasana negara.
Namun begitu, sebagai rakyat yang prihatin dan gilakan maklumat, tidak salah melihat dari pelbagai aspek terhadap perostiwa ini.
Sementara terus berdoa dan mengharapkan hasil terbaik bagi pesawat Malaysia Airlines PAS MH370 yang dilaporkan hilang semenjak pagi Sabtu dalam perjalanan menuju ke Beijing, kita perhatikan sejarah pesawat milik syarikat rantau Asia lain serta pesawat milik syarikat Amerika Syarikat yang pernah menjadi mangsa hijacking atau rampasan udara.
Singapore Airlines Flight 117
Pesawat penerbangan Singapore Airlines Flight 117 pernah kena hijack atau dirampas 4 individu yang dakwa diri mereka sebahagian daripada Pakistan People Party pada Mac 1991. Pasukan Elite Singapore Special Operations Force berjaya selamatkan kesemua 118 penumpang dan 9 krew kabin dan tiada penumpang atau krew kabin yang tercedera.
Philippine Airlines Flight 812
Pesawat penerbangan Philippine Airlines Flight 812 telah dirampas dalam penerbangan dari Davao menuju ke Manila pada Mei 2000. Hijacker tersebut yang dikenali sebagai Reginald Chua telah terjun dari pesawat bersama hasil rompakan namun mayat beliau telah ditemui kemudian.
American Airlines Flight 11, United Airlines Flight 175, American Airlines Flight 77, United Airlines Flight 93
Kejadian terkemuka dan menjadi sejarah hitam 11 September 2001. Pesawat berikut telah dirampas pada September 2001 oleh pihak yang didakwa sebagai Al-Qaeda. Penerbangan American Airlines Flight 11 dan United Airlines Flight 175 telah melanggar bangunan berkembar World Trade Center, membunuh kira-kira 2,966 orang termasuk pihak hijacker serta 6,000 orang tercedera. Pesawat American Airlines Flight 77 telah melanggar bangunan Pentagon dan Pesawat United Airlines Flight 93 telah melanggar ladang di Pennsylvania.