Pengundi Teluk Intan pastinya tidak mahu lagi termakan dengan tipu helah calon pembangkang pada PRU13 ini.
Mereka sudah serik memberi undi kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan serta DUN Pasir Bedamar yang hanya bercakap kosong.
Selain itu, rakyat Teluk Intan terutama orang Melayu juga tidak mahu PRU13 ini, satu-satunya kerusi Melayu DUN Changkat Jong jatuh ke tangan PAS yang hanya bercakap kosong selama ini. Baca sini.
Selama 5 tahun sejak 2008 rakyat memberi mandat kepada DAP dan PAS di Parlimen dan DUN, kebajikan serta pembangunan setempat tidak melihatkan hasil yang positif dari mantan wakil rakyat mereka.
Sebaliknya yang banyak melakukan kerja adalah pemimpin Barisan Nasional tempatan seperti Dato Mah Sew Keong (Calon BN Teluk Intan) dan Azhar Jamaluddin (Calon BN Changkat Jong).
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.