Sebelum ini aku ada memetik satu artikel dari blog mesra BN tentang kekayaan melampau calon PAS Lenggong. Klik sini. Sampai sekarang calon PAS ini masih membisu dengan dakwaan yang beliau pernah dinasihatkan oleh majikan supaya letak jawatan sebagai pegawai kanan Kastam atas faktor tertentu.
Perkara ini bukan sahaja berlegar di ruang maya yang mungkin pengundi Lenggong sendiri tidak tahu, tetapi ianya semakin menjadi-jadi apabila terdapat sepucuk surat yang dikeluarkan oleh ahli PAS Lenggong sendiri yang bernama Zulkifli Mohamed.
Mungkin kita tidak perlu baca semua isi yang ada dalam surat tersebut. Aku suka untuk mengambil beberapa perkara dalam surat tersebut untuk kita semua menilai siapa sebenarnya Razman YDP PAS Lenggong yang juga calon PAS Parlimen Lenggong.
Perkara 1 dalam surat tersebut, Zulkifli ada menulis "Tuan adalah bekas pegawai besar Kastam, tetapi banyak orang kata tuan terlibat dengan rasuah. Tuan dapat mengumpul harta berjuta-juta ringgit dan membuka syarikat yang besar. Majikan tuan memintan tuan istihar harta tetapi tuan gagal dan tuan dinasihati berhenti. Betul ker ini berlaku?".
Perkara 6 dalam surat tersebut, Zulkifli terus bertanya, "Masa tuan jadi pegawai besar kastam dulu, waktu hari raya anak-anak di Kampung Luat pasti berkunjung ke rumah tuan. Tapi mengapa tuan masa bagi duit kat budak-budak tuan kata nah!! ni duit rasuah. Tuan bergurau ker?".
Zulkifli juga meluahkan rasa tidak puas hati beliau dengan cara Razman amalkan politik wang untuk menjatuhkan bekas YDP PAS Lenggong Ustaz Sukri. Isu ini dijelaskan dalam perkara 9 di surat tersebut.
Razman juga pernah menyerang Pak Hamid yang berhasrat ingin keluar parti PAS kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Razman seperti perkara 12.
Harap orang Lenggong perlu menilai dengan berlapang dada siapa sebenarnya calon PAS yang anda perlu tolak secara total.
Kenapa Razman x jawab smpai skrg? Hari tu mmg ada orang kampung dia sendiri tanya dalam ceramah, Tapi Razman cuba mengelak untuk jawab.
ReplyDelete