Friday, March 29, 2013

Melayu Johor, Pulau Pinang, Perak dan Selangor Perlu Waspada Dengan Fakta Ini. #DAPtolakMelayu

Sejarah Melayu telah mencatatkan bahawa Singapura diasaskan oleh Sang Nila Utama yang juga anak Raja Melayu Palembang. Umum juga mengetahui bahawa nama asal pulau tersebut adalah Temasek sebelum ditukarkan kepada Singapura yang bermaksud ‘Kota Singa’. 

Walaubagaimanapun, jika kita merujuk kepada maklumat arus perdana pada hari ini, Stanford Raffles lebih ditonjolkan sebagai Bapa Singapura sementara Lee Kuan Yew dipaparkan sebagai Bapa Singapura Moden. 

Hakikat bahawa sejarah silam Singapura adalah sejarah Melayu cuba digelapkan. Seboleh mungkin Pemerintah Singapura cuba menggambarkan bahawa semua rakyat Singapura pada hari ini merupakan keturunan pendatang yang datang sama ada dari tanah besar China, India mahupun dari Indonesia dan Malaysia. 

Malahan, penulis dapat mengesan terdapat usaha untuk menggambarkan seolah-olah Sang Nila Utama merupakan pendatang dari Indonesia yang cuba merampas Temasek yang merupakan wilayah Ayuthia milik Siam, bukannya milik orang Melayu. 

Namun begitu, sejarahwan muda seperti Srikandi telah menyanggah maklumat tersebut dengan menegaskan ‘Siam’ yang dimaksudkan pernah berkuasa di seluruh tanah semenanjung termasuklah di Singapura bukanlah Ayuthia, tetapi Negara Sri Dharmaraja, yang juga merupakan sebuah Kerajaan Melayu! 

Sang Nila Utama

Semasa Singapura masih di dalam Malaysia, Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew, sebagaimana yang dicatatkan di dalam akhbar Strait Times bertarikh 5 Mei 1965, telah mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mengatakan bahawa taraf pribumi orang Melayu tidak ada lebihnya jika dibandingkan dengan orang Cina, India dan masyarakat pendatang yang lain. 

Di dorong sama ada oleh agenda politik yang menjurus untuk memajukan kepentingan politik Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura ataupun kerana memang betul-betul jahil tentang sejarah, budaya, dan penduduk pribumi di rantau ini, Lee mengaitkan orang Melayu Malaysia dari keturunan Indonesia sebagai pendatang yang sepatutnya setaraf dengan masyarakat pendatang yang lain. 

Kesimpulan serupa yang meragui kepribumian orang Melayu terus dilakukan oleh orang bukan Melayu di Singapura dan sesetengah ahli politik bukan Melayu di Malaysia, sama ada oleh pihak pembangkang mahupun parti pemerintah. Perkara ini dapat dilihat melalui contoh kenyataan yang diberikan oleh Tan Lian Hoe (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) ataupun Chong Eng (DAP). 

Selepas Singapura ditendang keluar dari Malaysia, Pemerintah Singapura telah menjalankan pelbagai usaha untuk melemahkan kuasa politik Melayu yang merupakan kaum asal di negeri ini. 

Antara usaha yang dilakukan adalah mengekalkan taraf minoriti penduduk Melayu di Republik tersebut. Dalam akhbar Straits Times bertarikh 15 Disember 1986, Lee Kuan Yew dalam forum di Universiti Nasional Singapura telah mendedahkan niat Pemerintah Singapura untuk mengekalkan dominasi penduduk Cina Singapura kerana bimbang dengan kemerosotan kadar kelahiran penduduk keturunan Cina. 

Isu ini telah dinyatakan sebagai salah satu masalah negara di dalam Hari Kebangsaan 1988 dan Lee Kuan Yew mendedahkan Pemerintah Singapura akan meningkatkan bilangan penduduk Cina dengan membawa masuk orang Cina dari luar negara terutamanya Hong Kong. Etnik minoriti terutamanya Melayu sedar dasar ‘Mengekalkan Imbangan Kaum’ di Singapura sebenarnya lebih kepada mengekalkan Ketuanan Cina.


Tindakan kedua yang dilakukan adalah dengan menghapuskan kawasan kubu majoriti Melayu terutamanya kampung-kampung menerusi program mega penempatan semula bandar dan Dasar Perumahan Awam dengan menempatkan masyarakat Melayu ke merata kawasan perumahan baru. 


Perkara ini telah diakui oleh James Fu dalam kenyataan di akhbar Straits Times bertarikh 4 Mac 1988. Tindakan ini telah menjejaskan undi kolektif masyarakat Melayu dan menghalang mereka untuk bertindak sebagai gerakan penting dalam menentukan keputusan pilihanraya.

Perkampungan Melayu di Singapura hanya tinggal kenangan


Tidak cukup dengan itu, Pemerintah Singapura telah memperkenalkan pula sistem Kuota Kediaman Etnik pada tahun 1989 untuk kawasan perumahan awam bagi memastikan jumlah orang Melayu tidak melebihi 20% daripada jumlah penduduk di mana-mana kawasan pilihanraya dan tidak melebihi 22% daripada penduduk blok perumahan awam, kerana dikatakan menjadi tumpuan perkauman. 



Sedangkan yang peliknya, bagi masyarakat Cina, kuota mereka dibiarkan sehingga melebihi 80% di kawasan pilihanraya dan 87% di blok perumahan awam, atas alasan untuk memastikan ‘percampuran kaum yang seimbang’.


Bagi melemahkan lagi kuasa politik masyarakat Melayu terutamanya Parti Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), sistem Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) telah diperkenalkan. 


Melalui sistem ini, sesebuah kawasan / wad akan dipertandingan secara berkumpulan, bukannya secara individu. Sistem ini telah melemahkan mana-mana calon etnik minoriti termasuk Melayu daripada menyuarakan sebarang isu sensitif yang menjurus kepada etniknya kerana akan dituduh sebagai perkauman dan seterusnya melemahkan sokongan etnik dominan untuk pasukan GRCnya.

Sempadan pilihanraya Singapura

Mungkin kerana hukum karma sudah tiba, kini masyarakat Cina dan India di Singapura pula yang mempersoalkan kebanjiran begitu banyak pendatang seperti dari China, Hong Kong, India dan sebagainya.

Mereka mendakwa para pendatang ini telah diberikan terlalu banyak keistimewaan oleh Pemerintah Singapura dan mendakwa hak mereka seperti untuk penempatan kediaman dan peluang pekerjaan telah banyak dirampas oleh golongan pendatang ini. 

Mereka bertambah marah apabila golongan pendatang ini mula membuat tuntutan tambahan seperti menuntut agar bahasa mereka turut diajar di sekolah sedangkan bilangan mereka adalah minoriti. 

Ironinya, pertentangan antara kaum dominan di Singapura dengan golongan pendatang ini melibatkan kaum yang sebangsa! Bayangkan betapa bertoleransinya masyarakat Bumiputera di Malaysia kepada kaum keturunan pendatang. 

Tetapi bagi sebuah negara Kapitalis dengan hati komunis seperti Singapura, ketidakpuasan hati mereka hanya dapat diluahkan dalam laman sesawang seperti The Citizen Online dan Temasek Review. Satu lagi perkara yang patut ‘disyukuri’ oleh golongan Ultra-Kiasu di Malaysia kerana mereka boleh menghentam Kerajaan dan masyarakat Bumiputera/Islam di negara kita secara bebas dan terang-terangan! 


Nota : Sebagaimana segelintir rakyat Melayu yang lain di negara kita, Singapura adalah jauh di mata, tetapi amat dekat di hati penulis. Kerana Singapura adalah tempat asal keluarga penulis sebelah bapa (OK, selepas ini para Ultra-Kiasu dan para pengampunya dari kalangan Meleiz sendiri boleh berkokok penulis adalah pendatang dari luar, ye, pendatang dari Singapura). 


Jika ada yang menuduh blog ini adalah anti mana-mana kaum, penulis ingin tegaskan bahawa penulis hanya menghentam golongan Ultra-Kiasu, berdasarkan pengalaman lampau nasib yang menimpa keluarga dan masyarakat penulis di Singapura. 

Kalau nak kenal betul-betul sikap dan perangai golongan ini, jangan hanya selesa duduk di negeri yang ramai orang Melayu. Dipersilakan dan dicabar kalian untuk tinggal dan bekerja di Singapura! 




Rujukan : Dr. Lily Zubaidah Ibrahim (2004) “The Singapore Dilemma : The Educational and Political Marginality of the Malay Community” Oxford University Press



TOKGURU86: Aku malas nak mengulas panjang apa yang sedang dan telah berlaku di Pulau Pinang dan Perak. Cukuplah sekadar aku menampal gambar-gambar dan video di bawah ini untuk orang Melayu membuat penilaian apa signifikanya penulisan di atas dengan realiti berlaku di Malaysia.

Lee Kuan Yew Dijemput Oleh Lim Guan Eng selepas DAP menang di Pulau Pinang.

Kit Siang pernah berjuang bersama Lee Kuan Yew

Wakil Rakyat DAP Kurang Ajar


No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.