Cukup-cukuplah kita membuat spekulasi yang undi cina hanya untuk DAP. Jangan lagi kita membuat persepsi sendiri mengatakan tidak mungkin lagi cina akan memberi undi kepada Barisan Nasional.
Era Najib Razak sudah banyak berubah berbanding era Pak Lah. Bukan aku nak kata Pak Lah tidak baik dan pengurusan Najib sekarang baik, tetapi pasti ada pro and contra.
Pak Lah pernah disanjung di awal pentadbiran beliau. PRU11 telah membuktikan yang Pak Lah berjaya menawan hati orang Melayu dengan imej beliau yang lebih Islamik dan lembut.
PRU12 bermula zaman kemerosotan Pak Lah. Realitinya waktu itu Melayu masih kekal menyokong Pak Lah walaupun ada segelintir melayu menolak, namun yang jelas cina secara total menolak pemerintahan Pak Lah.
Ekonomi menjadi asas utama samada cina bagi undi atau tidak pada kerajaan memerintah. Pak Lah sedikit gagal mengurus ekonomi negara sewaktu pemerintahan beliau. Akibat itu cina mula kecewa kerana pernigaan mereka sedikit terjejas.
Hari ini, Malaysia sudah ditadbir oleh Najib Razak. Mungkin Najib belajar sejarah pemerintahan bapa beliau Tun Razak. Krisis 13 Mei 1969 berjaya diuruskan oleh Tun Razak dengan perkenalkan DEB.
Hasil dari usaha Tun Razak, parti gerakan yang menentang Perikatan boleh bergabung menjadi kawan. Orang cina ketika itu nampak akan kesan DEB yang boleh membawa ekonomi negara ke arah yang lebih baik.
Sejarah itu mengulangi di era Najib sekarang. Kalau dulu Tun Razak mendapat mandat sebagai PM dengan ancaman subversif dan komunis, hari ini Najib Razak mendapat mandat dalam keadaan kerusi Parlimen BN bukan 2/3 dan ancaman cina DAP komunis juga cukup hebat.
Melihat kepada masalah itu, Najib Razak berusaha meneruskan agenda ekonomi negara disamping berusaha menyatukan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini.
Orang cina juga mula membenci kerenah Anwar Ibrahim dan pemimpin PAS yang suka membuat kekecohan dan rusuhan. Mereka percaya, kestabilan negara amat penting untuk ekonomi mereka.
Tetapi mengapa ada cina yang juga buat rusuhan bersama Anwar Ibrahim? Benar... sebab itu kita kena bezakan mana cina komunis dan mana cina berasal dari keluarga pelombong bijih timah.
Kebanyakkan Cina berketurunan komunis yang suka membuat rusuhan. Sejarah 13 Mei 1969 juga telah mengajar kita dimana hasutan dari komunis menyebabkan seluruh Selangor merusuh ketika itu. Melihat kepada itulah cina gerakan tidak mahu menyokong DAP dan bersatu bersama Perikatan.
Hari ini juga perkara yang sama berlaku. Cina yang berasal dari keluarga pelombong pernah rasa erti susah senang membentuk negara Malaysia, manakala Cina komunis dari dulu sampai sekarang mahu lihat negara Malaysia ini hancur.
Orang BN tidak perlu khuatir dengan undi Cina pada PRU13 akan datang. Najib berusaha keras memacu ekonomi Malaysia dan orang Cina mula menghargai kerja keras Najib Razak itu.
Masih ramai masyarakat Cina yang pernah hidup di era Tun Razak dan hari ini mereka masih mengundi di zaman Najib Razak. Percayalah.. mereka ini masih lagi berterima kasih dengan Tun Razak yang menyelamatkan Malaysia dari terus ditimpa bencana 13 Mei 1969.
Kegemilangan BN sudah kembali. Yang tidak mengundi pada PRU12 sebab sabotaj parti akan mengundi BN pada PRU13. Inilah kekuatan yang BN ada. Buat Najib Razak... anda sudah berusaha keras.. sekarang ini harap pemimpin BN perlu tawakal tambah doa.. insyallah kita akan menang bergaya..
Gagasan 1 Malaysia diilhamkan oleh Najib pada waktu yang sangat sesuai. Inilah juga kekuatan kita.. Wasalam....
No comments:
Post a Comment
Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.