Thursday, May 10, 2012

Anwar Ibrahim PART 4: Anwar Bimbang Rayuan Saiful Berhubung Kes Liwat.

Tangan Aku Bau Taik...

Saiful dan Peguam Negara membuat tindakan bijak merayu kes liwat Anwar ke Mahkamah Rayuan. Anwar menjadi bertambah bimbang kerana mengingatkan pengalamannya di masa lalu.

            Dalam tuduhan dia meliwat adik angkatnya. Sukma Darmawan, dan Azizan Abu Bakar  Anwar kena penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi. Dia menuduh UMNO merancang konspirasi kerana takut BN kalah dalam pilihan raya 1999. Dia berkata berulang-ulang kali dia difitnah.

            Dia membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan penghakiman dari tiga orang panel hakim. Mahkamah Rayuan menolak juga dan akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman itu. Anwar tidak puas hati. Dia merayu ke Mahkamah Persekutuan bersama dengan adik angkatnya yang dokenalinya sejak pemuda Indonesia berumur 14 tahun dan tinggal bersamanya sebilik di rumah bapanya di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

            Mahkamah Persekutuan yang mengandungi tiga orang hakim membuat keputusan yang sangat penting. Anwar dibebaskan atas soal teknikal. Tetapi Mahkamah Persekutuan sebulat suara berpendapat Anwar memang mempunyai hubungan homoseksual dengan adik angkatnya itu.Walau pun dia dibebaskan atas soal teknik namun dia terus menipu rakyat mengatakan dia tidak bersalah kerana Mahkamah Persekutuan membebaskannya.

            Ini penipuan Anwar yang memutarbelit keputusan Mahkamah Persekutuan untuk kepentingan politik pribadinya. Mereka yang jahil mengenai penghakiman itu, atau tidak membacanya, terus telan bulat-bulat penipuan yang dibuat Anwar. Apakah tiga hakim Mahkamah Persekutuan juga terlibat dalam :konspirasi hendak menjatuhkan Anwar? Hakim tidak ada kepentingan politik tetapi berdasarkan bukti-bukti yang diketengahkan kedua pihak – pendakwa dan pembela.

            Keputusan Mahkamah Persekutuan sudah cukup membuktikan Anwar seorang homosek. Dia meliwat Sukma. Dia melakukan seks sama jenis yang dilaknati Allah. Rakyat lebih percaya pada pendapat tiga hakim yang tidak dipengaruhi oleh agenda politik mana-mana pihak sekali pun.Walau pun pengikut-pengikut taksub kepada Anwar enggan menerima keputusan hakim Mahkamah Persekutuan namun mmajoriti orang Melayu dan bukan Melayu menerima dengan hati yang lapang. Sekarang jelaslah kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya dan dunia antarabangsa amnya bahawa Anwar seorang homosek.

            Kali ini lain pula keadaannya. Mahkamah Tinggi terpaksa membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat Saiful kerana meragui kesahihan DNA dan kenyataan-kenyataan dari Saiful semata-mata. Ertinya bukti pihak pendakwa tidak mencukupi. Sekali lagi Anwar melaung seluruh dunia dia selamat dari fitnah UMNO, dan kononnya dia didapati tidak bersalah.

            Dia lupa Saiful boleh merayu kes ini ke Mahkamah Rayuan dan, kalau tidak berpuas hati, terus ke Mahkamah Persekutuan seperti mana yang dilakukan Anwar dalam kes liwatnya yang dahulu. Ini buat Anwar gelabah, makan tak kenyang tidur tak lena. Takdirnya Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada Saiful, menolak keputusan hakim Mahkamah Tinggi, Anwar akan menerima padahnya. Mahkamah Rayuan boleh mengenakan hukuman penjara atas kes tersebut.

            Anwar boleh membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan seperti mana dilakukannya dalam kes liwat yang pertama. Tapi kalau Mahkamah Persekutuan akur dengan hukuman penjara yang dijatuhi Mahkamah Rayuan maka dia terpaksa menjadi banduan di Penjara Sungai Buloh untuk beberapa tahun lagi.

            Dia bimbang menghadapi keputusan Mahkamah Rayuan yang mempunyai kausa untuk menolak keputusan hakim Mahkamah Tinggi. Kes kedua ini lebih berat lagi kerana ujian forensik DNA sukar ditolak oleh mana-mana hakim. Sudah pasti air mani dalam dubur Saiful itu bukan kepunyaan hantu raya atau iblis. Sebagai bos Saiful kena ikut perintah dan kemahuan bosnya, Anwar. Menurut keterangan dalam mahkamah Anwar telah banyak kali menjuburinya, dan Saiful terpaksa menyerah buntutnya yang digilai Anwar.

            Orang Melayu khasnya menyokong rayuan Saiful. Dia diinaya, dieksploitasi oleh bekas bosnya, Anwar, untuk disodomi penasihat PKR itu. Karpal Singh minta jangan dipanjangkan kes liwat ke Mahkamah Rayuan. Dia juga ada agendanya kerana dia tahu bukti DNA sukar dipertikaikan kerana itu kajian yang saintifik dan objektif. Majlis Peguam juga buat kenyataan minta kes itu jangan dibawa ke Mahkamah Rayuan dan mendesak kerajaan meminda undang-undang homoseksual yang dianggap lapuk.

             Kalau dulu Anwar boleh membawa kes liwatnya sampai ke Mahkamah Persekutuan mengapakah dia takut Saiful melakukan yang sama? Saiful meminta keadilan. Dia manusia kerdil, tanpa pengaruh, tanpa duit, tanpa ribuan para penyokong seperti Anwar. Dia hanya meminta perlindungan dari Allah untuk mendapatkan keadilan.

            Hak Saiful untuk merayu mesti dihormati. Keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar tidak bermakna kes liwat sudah selesai. Keadilan adalah untuk semua pihak. Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan boleh menjadi ukuran tentang keadilan yang dikehendaki Saiful.

            Kita menyeru kepada umat Islam memberi bantuan apa saja kepada Saiful untuk menuntut keadilan. Adakan sembahyang jahat untuk Allah menunjukkan siapa yang benar, siapa yang bersalah. Saiful sudah bersumpah laknah sebelum ini, dan bersumpah di depan kaabah. Anwar tidak berani bersumpah sampai sekarang.

            Mengapakah Anwar takut bersumpah? Apakah dia takut dimakan sumpah? Apakah dia takut Allah akan menghancurkan masa depannya menjadi perdana menteri? Kalau Saiful sanggup menerima apa saja ketentuan Allah dalam sumpahnya mengapa Anwar tidak berbuat demikian?

            Orang Melayu yang kuat iman dan bertaqwa sedar Anwar bersalah. Justeru itu tidak berani bersumpah. Dia takut bala akan menimpanya Tapi dia lupa Allah akan membuktikan kuasaNya dengan berbagai cara. Anwar tidak boleh mengelak lagi dan membohongi rakyat bahawa dia bukan homosek walau pun Mahkamah Persektuan telah membuktikan dia seorang homosek.

            Anwar boleh menipu setengah orang pada sesuatu waktu tertentu tetapi dia tidak boleh menipu semua rakyat Malaysia pada setiap masa.

Belum baca chapter sebelumnya? Klik link bawah...


No comments:

Post a Comment

Setiap komen yang anda tinggalkan TOKGURU86 amatlah hargai.